Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata beberapa ahli Parlimen dan pemimpin politik
Perancis mengakui bahawa kempen negatif Kesatuan Eropah mengenai minyak kelapa
sawit Malaysia adalah tidak berasas, pandangan itu disuarakan oleh ahli
Parlimen dan pemimpin politik terbabit, ketika mengadakan pertemuan di sebuah
hotel di Paris.
Berikutan Akta Perwakilan yang akan dibentangkan
Suruhanjaya Eropah untuk mengklasifikan minyak sawit sebagai ‘berisiko tinggi’.
Ahli Parlimen itu juga menyatakan mereka telah
pergi ke Malaysia dan pernah melihat sendiri Malaysia mempunyai satu persekitaran yang baik (berkaitan industri kelapa sawit).
Apa yang digambarkan oleh Kesatuan Eropah (EU) adalah tidak berasas dan mengakui kelapa sawit Malaysia telah mendapat publisiti yang negatif serta merasakan kelapa sawit Malaysia bukan seperti yang didakwa sebagai ‘bad practice’,”

Ahli
Parlimen dan pemimpin politik Perancis terbabit turut terkejut apabila dimaklumkan
bahawa Malaysia masih mempunyai lebih 53 peratus keluasan hutan seperti mana yang dinyatakan oleh Malaysia memberikan jaminan untuk mengekalkan sekurang - kurangnya 50% dariapada kawasan tanah di bawah kawasan litupan hutan pada sidang kemuncak Rio, Brazil 1992.
Sehingga kini Malaysia masih mempunyai hidupan liar yang terpelihara seperti Harimau Malaysia (Malaysian Tiger) dan Orang Utan.
Dua anggota Parlimen Perancis yang hadir dalam
pertemuan dengan Dr Wan Azizah itu ialah anggota parti LaREM, Anne Genetet dan
anggota parti UDI Meyer Habib. Mereka disertai tiga lagi pemimpin politik
Perancis yang lain.
Industri minyak sawit Malaysia berhadapan kritikan
meluas terutamanya dari EU dalam beberapa tahun ini, kerana dikaitkan dengan penebangan hutan yang
menjejaskan alam sekita dan ekosistem flora dan fauna.
Parlimen EU sebelum ini turut meluluskan resolusi
memboikot penggunaan produk minyak sawit yang dihasilkan menerusi cara tidak
mampan menjelang 2030.
Adalah diharapkan pihak EU mengkaji semula resolusi untuk memboikot minyak kelapa sawit dunia termasuk Malaysia dan Indonesia, kerana berdasarkan kajian kelapa sawit bukanlah faktor utama penebangan hutan dan Malaysia komited dalam melestarikan alam sekitar.
Sumber : Bernama dan Penulis sendiri

0 Comments