MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Keganasan Israel


Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahatir Mohamad mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas Gaza semalam, beberapa jam selepas roket Palestin mengenai sebuah rumah di Tel Aviv.
Malaysia menentang tindakan keganasan yang dilakukan oleh Israel yang menyerang Gaza.
Serangan balas yang dibuat Israel tentu lebih teruk daripada apa yang terkena kepada Israel. Itulah cara Israel, dia lebih ‘terrorist’ daripada orang lain.
“Kalau kena kepada dia (Israel), dia ambil tindakan yang cukup ganas. Ini saya yakin akan berlaku, kita memang perlu menentang tindakan tersebut walaupun kita sendiri percaya bahawa keganasan tidak akan selesaikan masalah di situ, Kata Tun Dr Mahatir Mohamad 
Media antarabangsa melaporkan, serangan yang dibuat oleh Israel, satu serangan terkena kedudukan tentera laut Hamas di barat Gaza dan satu lagi terkena kem latihan besar Hamas di utara bandar itu, pada Selasa.(26.03.2019)

Ternyata keganasan yang dilakukan oleh Israel adalah sangat kejam dan setiap serangan yang dibuat tidak mengira orang awam,  kanak - kanak, wanita,  dan orang tua serta menghancurkan kediaman warga palestin.

Oleh itu Pertubuhan Bangsa - Bangsa  (PBB) dan negara yang mempunyai kuasa veto serta semua negara didunia memainkan peranan penting dalam menegur,  melarang serta mencegah keganasan yang dibuat oleh Israel  terhadap palestin.

Sumber : Bernama Dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments