Mesyuarat Jawatankuasa Dasar
Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia pada 05 Mac 2019 memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar
Semalaman (OPR) pada 3.25%.
Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank
Negara Malaysia (BNM) dikenali juga dengan nama Overnight Policy Rate (OPR)
sebagai penanda aras rujukan pinjaman bank-bank tempatan (Malaysia), kadar OPR
ditentukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara bagi
tujuan mengembalikan dasar monetari ke paras yang wajar dan mengelakkan risiko
kadar faedah ditahap yang rendah pada jangka masa yang lama. Kali terakhir
kadar OPR di Malaysia disemak pada Julai 2014 dan BNM telah membuat penguguman
melalui laman sesawangnya pada 24.01.2019 mengekalkan kadar OPR pada paras
3.25%. Untuk makluman Kadar terendah OPR yang pernah direkodkan di Malaysia
ialah 2% pada tahun 2009. Manakala kadar OPR yang tertinggi ialah 8.25% semasa
kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1998.
BNM berkata tahap akomodatif
dasar monetari itu adalah sejajar dengan pendirian dasar pada kadar semasa OPR.
Pihak MPC akan terus memantau
serta menilai risiko membabitkan unjuran pertumbuhan domestik dan inflasi
kerana menyedari wujudnya risiko ekonomi dan persekitaran kewangan yang lebih
rendah.
OPR mempengaruhi sistem perbankan dari segi:-
- Mempengaruhi kadar Base Lending Rate (BLR) untuk perbankan konvesional
- Mempengaruhi kadar Base Financing Rate (BFR) untuk perbankan shariah
- Mempengaruhi pendeposit penyimpanan akan menjadi lebih tinggi berbanding pembiayaan/pinjaman
- Mempengaruhi kadar keuntungan perbankan
- Saling bergantung diantara kadar BLR & BFR
Perkara tidak dipengaruhi OPR
- Pembiayaan menggunakan kadar tetap atau fixed rate sebab pembayaran adalah dalam kadar tetap tidak dipenagruhi oleh keadaan BFR & BLR
Menurut BNM, ekonomi negara berkembang pada kadar lebih sederhana iaitu
4.7% pada 2018.
Bagi tahun 2019, pertumbuhan itu dijangka mampan dengan sokongan oleh:-
- Perbelanjaan sektor swasta yang berterusan
- Keadaan pasaran pekerja dan pengembangan kapasiti yang stabil dalam sektor utama akan terus memacu perbelanjaan isi rumah dan pelaburan modal
- Sokongan daripada sektor luaran dijangka menjadi sederhana dan seiring dengan momentum pertumbuhan global pada kadar serupa.
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada hari ini adalah
perlu diambil inisiatif bagi merancang perbelanjaan, penyimpanan dan pembiayaan
dengan baik.
Seumber : Bank Negara Malaysia (BNM) , Bernama & Penulis
sendiri
0 Comments