MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kadar Dasar Semalaman (OPR) 2019


Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia pada 05 Mac 2019  memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25%.

Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) dikenali juga dengan nama Overnight Policy Rate (OPR) sebagai penanda aras rujukan pinjaman bank-bank tempatan (Malaysia), kadar OPR ditentukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara bagi tujuan mengembalikan dasar monetari ke paras yang wajar dan mengelakkan risiko kadar faedah ditahap yang rendah pada jangka masa yang lama. Kali terakhir kadar OPR di Malaysia disemak pada Julai 2014 dan BNM telah membuat penguguman melalui laman sesawangnya pada 24.01.2019 mengekalkan kadar OPR pada paras 3.25%. Untuk makluman Kadar terendah OPR yang pernah direkodkan di Malaysia ialah 2% pada tahun 2009. Manakala kadar OPR yang tertinggi ialah 8.25% semasa kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1998.

BNM berkata tahap akomodatif dasar monetari itu adalah sejajar dengan pendirian dasar pada kadar semasa OPR.

Pihak MPC akan terus memantau serta menilai risiko membabitkan unjuran pertumbuhan domestik dan inflasi kerana menyedari wujudnya risiko ekonomi dan persekitaran kewangan yang lebih rendah.

OPR mempengaruhi sistem perbankan dari segi:-
  • Mempengaruhi kadar Base Lending Rate (BLR) untuk perbankan konvesional
  • Mempengaruhi kadar Base Financing Rate (BFR) untuk perbankan shariah
  • Mempengaruhi pendeposit penyimpanan akan menjadi lebih tinggi berbanding pembiayaan/pinjaman
  • Mempengaruhi kadar keuntungan perbankan
  • Saling bergantung diantara kadar BLR & BFR
 Perkara tidak dipengaruhi OPR 
  • Pembiayaan menggunakan kadar tetap atau fixed rate sebab pembayaran adalah dalam kadar tetap tidak dipenagruhi oleh keadaan BFR & BLR
Menurut BNM, ekonomi negara berkembang pada kadar lebih sederhana iaitu 4.7% pada 2018.

Bagi tahun 2019, pertumbuhan itu dijangka mampan dengan sokongan oleh:-
  • Perbelanjaan sektor swasta yang berterusan
  • Keadaan pasaran pekerja dan pengembangan kapasiti yang stabil dalam sektor utama akan terus memacu perbelanjaan isi rumah dan pelaburan modal
  • Sokongan daripada sektor luaran dijangka menjadi sederhana dan seiring dengan momentum pertumbuhan global pada kadar serupa.
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada hari ini adalah perlu diambil inisiatif bagi merancang perbelanjaan, penyimpanan dan pembiayaan dengan baik.

Seumber : Bank Negara Malaysia (BNM) , Bernama & Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments