Islam dari segi bahasa membawa
maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada
kekurangan kekurangan zahir dan batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam
ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. dan utusan Allah
s.w.t ia itu Nabi Muhammad s.a.w. (ajaran islam yang dibawa dan di sampaikan
olehnya)
Islam adalah agama kedamaian yang cintakan keamanan
kerana perintah Allah
yang banyak di dalam
al-Quran menganjurkan kedamaian, larangan menumpahkan darah tanpa
hak, tidak memaksa
orang bukan Muslim
memeluk Islam setelah disampaikan mesej Islam kepada mereka
bahkan Islam mengajar kita supaya berhikmah
dalam berdakwah.
Allah SWT berfirman di dalam
surah al-Anfal ayat 61:
Bermaksud : “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau
juga hendaklah cenderung
kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Sesungguhnya Islam agama yang
mencintai kedamaian. Islam melarang umatnya
melakukan kerosakan, kejahatan,
kemungkaran, kekerasan,
kezaliman dan sebagainya.
Islam menolak apa
jua gerakan pelampau yang
menggunakan kekerasan, pembunuhan
dan peperangan sehingga menggugat
keamanan Negara mahupun
dunia.
Maksud firman Allah di dalam al-Quran:
“Dan tidaklah sama (kesannya dan
hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan
yang ditujukan kepadamu) dengan
cara yang lebih
baik; apabila engkau
berlaku demikianmaka orang yang
menaruh rasa permusuhan
terhadapmu, dengan serta
merta akan menjadi seolah-olah
seorang sahabat karib.”
Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana riwayat Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin
Amru bin Al-Ass r.a.huma:
Bermaksud:“Seorang Muslim ialah
orang yang menyelamatkan
kaum muslimin dari kejahatan lisan dan tangannya.”
Islam sebagai
agama yang
membawa rahmat ke
seluruh alam (‘Rahmatan
Lil Alamin’ ) amat mementingkan
keadilan ditegakkan dan
mengembalikan hak-hak golongan yang dizalimi serta teraniaya.
Justeru, Islam bersikap tegas dan menganggap perlakuan yang mencetuskan perbalahan dan persengketaan adalah
suatu kesalahan yang besar kerana ia menyanggahi maqasid al-Syariah.
Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’
telah dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran melalui ayat 107, Surah al-Anbiya’
yang bermaksud:
“Tidaklah Kami mengutuskan kamu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat
kepada sekalian alam”.
Ayat ini memberi isyarat bahawa
Nabi Muhammad SAW diutus untuk membawa mesej rahmat meliputi semua makhluk,
manusia, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lainnya.
Rahmat seperti dibincangkan
ulama, bermaksud kasih sayang. Sifat kasih sayang yang ada pada diri seseorang
akan menghindarkannya daripada menganiaya atau menzalimi orang lain.
Amalan sunah nabi dalam konteks
meratakan konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ ini dapat dilihat dalam beberapa
konteks.
Rahmat kepada orang tua. Contoh
kepada rahmat ini ialah pada satu ketika Nabi melihat seorang wanita tua sedang
memikul kayu api di tengah cuaca panas.
Setelah keletihan wanita itu
berhenti sebentar, Nabi Muhammad s.a.w lalu menghampirinya dan menawarkan
bantuan memikul kayu api itu sehingga ke rumah wanita terbabit. Wanita
berkenaan gembira dengan sifat rahmat Nabi Muhammad s.a.w.
Bagi menjaga
keharmonian, perpaduan dan
kestabilan negara, perkara-perkara yang
perlu difahami oleh
setiap masyarakat ialah
konsep taaruf iaitu saling
berkenalan antara kaum dan etnik
di negara ini,
tafahum iaitu saling
memahami dan ta’awun iaitu
saling membantu sebagai
tanda kasih sayang.
Kita seharusnya berhati-hati
dalam meneliti sebarang propaganda, prasangka atau berita
yang diterima tentang
sesuatu kaum, agama
dan sebagainya. Jauhilah perkara-perkara
yang mengundang perselisihan serta perbalahan dan serulah kepada perpaduan dan
kedamaian. Ingatlah bahawa seorang Muslim itu ialah mereka yang menjaga tutur
kata, lidah dan tangannya.
Dapat disimpulkan bahawa Islam sebagai
agama perdamaian, kasih sayang dan
membawa rahmat ke
seluruh alam sentiasa
meraikan keharmonian dalam kepelbagaian kaum, bangsa dan agama, walaupun manusia
dengan perbezaan agama,
keturunan, bahasa dan
budaya, Islam menuntut penganutnya
untuk saling kenal
mengenali, faham memahami
dan hormat-menghormati. Perpaduan yang
wujud dalam kalangan
pelbagai kaum, bangsa
dan agama dapat mewujudkan
keharmonian dan kestabilan negara serta dunia.
Firman Allah s.w.t di dalam surah
Hud ayat 118 -119.
Bermaksud: “Dan kalaulah
Tuhanmu (wahai Muhammad)
menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama
yang satu. (Tetapi Dia tidak
berbuat demikian) dan
kerana itulah mereka
terus-menerus berselisihan.
Tetapi orang-orang yang
telah diberi rahmat
oleh Tuhanmu, (mereka bersatu
di dalam agama
Allah); dan untuk
tujuan (perselisihan dan rahmat)
itulah Allah menjadikan
manusia. Dan dengan
yang demikian sempurnalah janji
Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku
akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia
(yang berdosa)".
Sumber: JAKIM, Berita Harian dan Penulis sendiri
0 Comments