Hibah (Hadiah) adalah suatu
amalan sunat berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kemudian jika mereka menyerahkan
kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah
(ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”
(Surah Al-Nisa’: 4)
“….dan memberikan harta yang
dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir
(yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-meminta dan
(memerdekakan) hamba sahaya”
(Surah Al-Baqarah: 177)
Definisi Hibah
Hibah secara asasnya bermaksud pemberian,
sedekah atau hadiah melibatkan akad yang
mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada
seseorang secara sukarela semasa hayatnya
atas dasar kasih sayang
tanpa mengharapkan balasan
(‘iwad)
Hibah (Hadiah) yang diberikan
oleh seseorang pemilik harta yang sah
atas nama Pemilik Harta dan kuasa pemberian harta dimiliki olehPemilik
Harta/Pemberi Hibah tanpa perlu persetujuan dari adik beradik atau orang lain,
manakala wasiat memerlukan persetujuan dari adik beradik atau orang lain.
Hibah Amanah
Menggabungkan konsep Hibah dan
Amanah, Pemberian harta oleh pemilik harta atas dasar kasih sayang, pada masa
hayat Pemilik Harta/ Pemberi Hibah melalui
Suratikatan Hibah Amanah.
Pembahagian dan
pembayaran tuntutan adalah
dilakukan selepas kematian Pemilik Harta (Pemberi Hibah).
Rukun Hibah
Rukun Hibah terdiri dari lima (5)
perkara iaitu:
1.Pemberi hibah (Wahib)
2.Penerima hibah (Mawhub lahu)
3.Harta yang dihibahkan (Mawhub
4. Sighah (Ijab dan Qabul)
5.Penerimaan hibah (Qabd)
Konsep Hibah
Amanah
1.Perkhidmatan yang berlandaskan syariah yang
menggabungkan konsep Hibah dan Amanah
2.Pemberian Harta Hibah Amanah oleh Pemberi Hibah
Amanah atas dasar kasih sayang pada masa hayat Pemberi Hibah melalui
Suratikatan Hibah Amanah dan Surat Kuasa Wakil
3.Harta-harta
Hibah akan ditadbir
oleh Pemegang Amanah
sebelum diserahkan
kepada
Penerima-penerima Hibah selepas
kematian Pemegang Unit
menurut
terma-terma
dan syarat-syarat Suratikatan
Hibah Amanah yang
dipersetujui oleh
pihak-pihak yang terlibat
4.Pembahagian dan Pembayaran Harta Hibah Amanah
dilakukan apabila dituntut selepas kematian Pemberi Hibah Amanah atau Penerima
Hibah Amanah berdasarkan harta dan pemabahgian Pemberi Hibah
5.Pemberian tersebut adalah melalui ijab dan qabul
(sighah) di dalam Suratikatan Hibah
Amanah yang memperuntukkan terma-terma dan
syarat-syarat yang dipersetujui
6.Menerapkan konsep Hibah dan Amanah dalam pengurusan harta
Harta-Harta Hibah
Harta Alih (Harta yang bergerak/boleh dialih)
Wang Tunai, Simpanan KWSP, Saham
(Syarikat, Koperasi, Unit Amanah), Barang Kemas/Perabot, Kereta/Motor, Pampasan
Pengambilan Tanah, Pampasan Insuran, Duit simpanan di Tabung Haji, Binatang
Ternakan dan Lain-lain Yang Seumpama dengannya
Harta Tidak Alih (tidak boleh dialih/tetap)
Tanah Daftar Atas Si Mati, Tanah Lombong Yang
Dipajakkan, Tanah Yang Dipegang Oleh Pemegang
Amanah, Pentadbir Atau Wakil Bagi Pihak Si Mati, Tanah
Pusaka Yang Sedang Dipindah
Milik Kepada Si Mati, Kepentingan Dalam
Gadaian/Pajakan, Rumah Pangsa dan Lain-Lain Yang Seumpama dengannya
Syarat-syarat kelayakan Pemberi Hibah
1. Berumur 18 tahun dan ke atas
2. Warganegara di sesuatu negara contoh Malaysia
Hibah Amanah sesuatu yang sah disisi undang-undang )
3. Waras
4. Beragama Islam
5. Tertakluk dengan terma-terma dan syarat-syarat Pemberi
Hibah dan Penerima Hibah berdaftar di bawah Suratikatan Hibah Amanah dan Surat
Kuasa Wakil
Kelebihan
Hibah Amanah
1.Pemberi
Hibah Amanah bebas menghibahkan Harta Hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja
penerima yang dihajati termasuk individu bukan muslim.
2.Pemberian
Hibah Amanah adalah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid. Oleh yang demikian,
sesiapa sahaja layak menerima Harta Hibah.
3.Harta yang
telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh
waris-waris lain mengikut Hukum Faraid.
4.Sebagai
satu alternatif atau penyelesaian bagi pembahagian harta bagi saudara baru/
mualaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat.
5.Pemberi
Hibah Amanah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan
selagi Pemberi dan Penerima Hibah Amanah masih hidup.
Sumber: Tabung Haji (TH), Amanah Saham Bumiputra (ASNB) dan Penulis sendiri
0 Comments