MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Fadhilat Quran

Hadith 4
Hazrat ' Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasululullah s.a.w bersabda,  " Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah-payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran. "

(Hadis Riwayat : Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Keterangan:

Seseorang yang ahli dalam al-Quran' bermakna seseorang yang menghafal al-Quran dengan baik dan sentiasa membacanya, itu adalah lebih baik lagi.' Akan berada bersama para malaikat' membawa maksud bahawa sebagaimana para maksiat itu bertugas memindahkan al-Quran daripada Luh Mahfuz (kitab yang terpelihara di sisi Allah s.w.t), demikian juga pembaca al-Quran, dia menyebarkan dan menyampaikan al-Quran kepada orang lain. Seolah-olah kedua-dua Mereka mempunyai tugas yang sama.  Atau kenyataan itu membawa maksud bahawa pembaca al-Quran itu akan berhimpun bersama para malaikat tersebut pada hari kiamat.

Seseorang yang tersekat-sekat akan mendapat dua ganjaran, satu ganjaran untuk bacaanya dan satu lagi kerana dia menanggung susah payah dalam bacaannya yang tersekat-sekat. Namun, ini tidaklah bermaksud bahawa ganjaran untuknya akan melebihi daripada ganjaran seseorang yang mahir. Ganjaran yang telah dinyatakan untuk orang yang mahir, berlipat kali ganda lebih besar daripada ganjaran untuknya, sehingga orang yang mahir dikatakan akan berhimpun bersama-sama dengan para malaikat yang khusus.  Malah, maksud kenyataan itu ialah,  disebabkan dia bersusah payah membaca al-Quran dengan tersekat-sekat maka dia akan mendapat ganjaran yang berasingan. Oleh itu janganlah seseorang meninggalkan pembacaan al-Quran kerana alasan pembacaannya tersekat-sekat.

Mulla ' Ali Qari rah. telah menukilkan semula daripada hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi bahawa seseorang yang cuba menghafal al-Quran tetapi tidak dapat mengingatinya akan mendapat dua ganjaran. Begitulah juga seseorang yang sentiasa bercita-cita untuk menghafal al-Quran tetapi tidak ada kekuatan untuk mengingatinya, namun dia tidak meninggalkan pembacaannya maka dia akan dihimpunkan oleh Allah s.w.t bersama para hafiz pada hari kiamat.

Sumber : Fadhilat Quran Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Rahmatulli'Alaih


Post a Comment

0 Comments