MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Gempa Bumi Lombok 17 Mac 2019



 

Gempa pertama bermagnitud 5.8 Skala Richter berlaku pada 17 Mac 2019, jam 2.07 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 24km timur laut Timur Lombok - Nusa Tenggara Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, ia disusuli dengan satu lagi gempa bermagnitud 5.2 Skala Richter, berpusat di 7km barat laut Lombok Timur- Nusa Tenggara Barat, jam 2.09 petang.

Ketua Protokol dan Sekretariat Pemerintah Lombok Utara, Mujaddid Muhas dalam satu kenyataan berkata terdapat 40 pengunjung sedang beriadah di kawasan berkenaan ketika kejadian. 

22 pelancong rakyat Malaysia dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Tiu Kelep, sudah ditemui.

Gempa bumi ini menyebabkan puluhan cedera dan hampir 500 rumah musnah, sehingga kini masih belum dapat dipastikan identiti mangsa yang terlibat disebabkan kekangan komunikasi dan pelbagai masalah.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menerima laporan berkenaan warganegara Malaysia telah terkorban dalam insiden tanah runtuh pasca gempa bumi di Lombok Utara, pada Ahad.

Kementerian melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap mangsa dan keluarga mereka ekoran insiden gempa bumi tersebut dan menyarankan supaya semua warganegara Malaysia yang terjejas untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +(6221) 522 4947 / +62 813 8081 3036, 03-8887 4570 (Wisma Putra) atau e-mel: mwjakarta@kln.gov.my

Kementerian Luar Negeri juga ingin menasihatkan supaya warganegara Malaysia melaporkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan patuh kepada arahan pihak berkuasa tempatan.

Sumber: malaysiakini dan Astro Awani

Post a Comment

0 Comments