Kementerian Kewangan meluluskan dana RM3 juta
kepada program Food Bank Malaysia untuk menyediakan 14 lori dilengkapi
pendingin.
Menterinya, Lim Guan Eng, berkata Food Bank
Malaysia yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengedarkan makanan kepada golongan isi rumah
berpendapatan 40 peratus terendah (B40), termasuk pelajar universiti awam.
B40 adalah golongan kumpulan isi rumah
berpendapatan purata bulanan RM 3860.00
kebawah dan 40% rakyat Malaysia dalam golongan ini.
Program Food Bank ini inisiatif awam-swasta untuk memperluas capaian
bank makanan yang ditubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta bagi
memastikan bantuan dapat disampaikan kepada pihak yang memerlukan dengan
sebaik-baiknya.
KPDNHEP di bawah kepemimpinan Menterinya, Datuk
Seri Saifuddin Nasution Ismail sudah tentu akan meningkatkan keberkesanan
inisiatif ini.
Ada sebilangan pelajar universiti terutamanya
pelajar dari keluarga golongan B40 terpaksa berjimat cermat bagi kelangsungan
pengajian mereka dan mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap
berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan
kewangan.
Ramai pelajar dari golongan B40 terpaksa mencatu
wang saku yang diberi keluarga dengan memilih menu paling menjimatkan daripada
membeli makanan di kafe tertentu yang didakwa agak mahal, sehingga ada yang terdedah
kepada serangan gastrik.
Diharapkan pihak kerajaan mengkaji dan menilai semula seterusnya membuat pemantuan harga yang ditetapkan di kafe-kafe institusi awam dan swasta bagi mengurangkan bebanan pelajar-pelajar terutamanya golongan B40.
Diharapkan pihak kerajaan mengkaji dan menilai semula seterusnya membuat pemantuan harga yang ditetapkan di kafe-kafe institusi awam dan swasta bagi mengurangkan bebanan pelajar-pelajar terutamanya golongan B40.
Adalah dicadangkan program Food Bank Malaysia
diperluaskan agar boleh dinikmati oleh golongan B40 di
di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, termasuklah institusi swasta.
Usaha kerajaan dalam membantu golongan B40 mendepani
kos sara hidup yang tinggi sangatlah dihargai dan diharapkan supaya lebih banyak lagi bantuan
– bantuan atau usaha-usaha yang dibuat bagi meringankan kos sara hidup rakyat.
Sumber: Berita Harian dan Penulis sendiri
0 Comments