MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Egg Boy

Seorang remaja Australia bernama William Connolly @ Will Connolly , berumur 17 tahun yang telah menarik perhatian dunia apabila mengempuk/menghentakkan sebiji telur di atas kepala Senator Fraser Anning (Australia) sehinggakan beliau di beri nama "Egg Boy" dalam bahasa Melayu "Budak Telur".

Tindakan yang dilakukan oleh beliau adalah memprotes kenyataan berbaur penghinaan dan tidak menunjukkan simpati terhadap tragedi pembunuhan orang Islam oleh pengganas bernama Brenton Tarrant dan sekutunya di dua (2) buah Masjid di bandar Christchurch, New Zealand.



William Connolly @ Will Connolly menjelaskan tindakannya memecahkan telur di atas kepala ahli politik berhaluan kanan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh beliau dan mengaku perbuatan tersebut bukan benda yang baik serta ibunya tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukannya.

“Ibu kata tidak ada sebab untuk menyerang orang secara fizikal. Tetapi dia gembira dengan apa yang saya pegang selama ini (mempertahankan orang Islam), cuma dia tidak bersetuju dengan cara saya melakukannya (hempuk telur),” katanya
Walaubagaimanapun, sebiji telur itu telah  memberi kesan dalam menyatukan orang ramai  bagi penentangan terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh pengganas Brenton Tarrant dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Fraser Anning mengundang kemarahan masyarakat dunia.

Susulan tindakan berani beliau yang dianggap hero, kini beliau ditawarkan hadiah termasuk percutian mewah di Turki dan bir percuma sepanjang hayat di Kanada dan Wales, tetapi bukan perkara tersebut yang diimpikan oleh beliau.



Connolly menyatakan perkara itu ketika muncul buat pertama kali dalam temubual dengan saluran televisyen Australia, Channel 10.
Tindakan Connolly itu juga berjaya mengumpul sumbangan puluhan ribu dolar dan beliau berhasrat mendermakan ia kepada mangsa serangan pengganas di dua masjid di New Zealand pada 15 Mac lalu.

Menjelang hari ini, ia sudah mengumpul AS$56,000 (RM227,000).
Sumbangan itu pada asalnya untuk membantu remaja itu menampung kos perundangan dan membeli ‘lebih banyak telur’.
Namun, sebuah firma guaman menyatakan ia akan mewakili remaja itu secara pro bono, membolehkan dana berkenaan diserahkan kepada keluarga mangsa.
Tindakan Connolly itu menjadikan beliau daripada remaja biasa kepada sensasi antarabangsa sejak hari pertama selepas serangan di dua (2) buah masjid di bandar, Christchurch, apabila Fraser Anning menyalahkan pendatang Islam di atas serangan itu, dalam sidang akhbar di Melbourne.
Connolly, yang berada di belakang Anning, terus memecahkan telur di atas kepalanya, menyebabkan Anning menamparnya dua kali dan remaja itu dijatuhkan penyokong ahli politik itu.

Sumber : Berita Harian, Utusan Melayu dan Penulis sendiri.

Post a Comment

0 Comments