MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Cuaca Panas dan Kering

Negara Malaysia sedang mengalami gelombang panas atau dipanggil cuaca panas dan kering sehingga Mac 2019 berita yang di keluarkan melalui akhbar - akhbar tempatan di Malaysia.

Negeri -negeri di Malaysia yang mengalami cuaca kering diantaranya Sabah,  Pulau Pinang,  Kelantan dan Johor mengakibatkan beberapa empangan air di negeri tersebut menyusut.

Cuaca panas dan kering menyebabkan sesorang itu kerap berpeluh dan kesannya cecair dalam badan berkurangan, kesanya letih dan tidak bertenaga berisiko terdedah kepada dehidrasi (kekurangan air dalam tubuh badan) dan strok haba.

Perkongsian diruangan ini fokus utama kepada punca terjadi dan langkah - langkah yang perlu diambil untuk mencegah dan semasa kejadian.

Punca terjadi cuaca kering :-

  1. Kekurangan hujan yang turun penyebab kepada cuaca menjadi panas
  2. Aktiviti pembakaran terbuka menyebabkan banyak pokok -pokok dan tumbuh - tumbuhan musnah dan suhu panas meningkat serta menyebabkan jerebu
  3. Pelepasan asap korbon dioksida yang banyak dari kenderaan juga menyumbang kepada pemanasan cuaca 
  4. Pembalakan secara haram mengganggu ekosistem infiltrasi (proses pembentukan hujan semula) 
  5. Asap dari kilang-kilang Juga menyebabkan suhu menjadi panas
Diatas adalah sebahagian dari punca penyebab kepada keadaan cuaca panas dan kering.

Langkah yang perlu diambil semasa cuaca panas :-
  1. Kurangkan aktiviti di luar rumah/pejabat terutamanya pada waktu 12.00 tenghari sehingga 3.30 petang,  kerana pada masa itu suhu panas untuk mengelakkan panyakit strok haba.
  2. Minum air biasa (drinking water) secukupnya dan sebaik-sebaiknya air yang telah dimasak
  3. Elakkan meminum air sejuk kerana menyebabkan pengecutan saluran darah dengan cepat. Minum dengan perlahan -lahan sekiranya mahu minum juga dan dalam kuantiti yang sedikit 
  4. Memakai topi/penutup kepala atau payung sekiranya mempunyai keperluan yang perlu/dikehendaki bagi mengelakkan terdedah dengan cuaca panas 
  5. Memakai pakaian yang ringan dan tidak tebal,  bagi muslim menutup aurat jangan diabaikan
  6. Sekiranya bagi mereka yang mengalami penyakit selesma,  batuk-batuk, sakit mata,  asma, jangkitan paru-paru yang kronik segera berjumpa doktor untuk rawatan yang perlu
  7. Hentikan atau kurangkan merokok bagi mereka yang menghisap rokok samaada tembakau atau elektronik untuk kesihatan bersama.
Langkah -langkah pencegahan cuaca panas dan kering :-
  1. Penanaman semula hutan yang telah musnahkan hasil pembalakan haram 
  2. Mengwujudkan lebih banyak hutan simpan bagi menstabilkan ekosistem alam dan proses semulajadi alam
  3. Penyeliaan terhadap kilang-kilang menggunakan penapis yang cerombong asap yang mengikuti standard yang diperlukan 
  4. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak kerajaan lebih kerap 
  5. Pembenihan awan tidak semestinya dibuat pada waktu cuaca kering sahaja tetapi boleh dilakukan sebelum cuaca panas dan kering berlaku 
  6. Kerjasama masyarakat dalam menyokong usaha kerajaan bagi mencegah cuaca panas dan kering
Kesimpulan langkah berjaga-jaga perlu diambil semasa kejadian cuaca panas dan kering dan kerjasama dari pihak kerajaan dan masyarakat sangat perlu dalam mengatasi suasana seperti ini

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , Bernama dan penulis sendiri 



Post a Comment

0 Comments