MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Boeing 737 MAX



Gergasi penerbangan Amerika Syarikat (AS), Boeing meramalkan pada Januari lalu bahawa 2019 akan menjadi tahun rekod untuk keuntungan pembuatan dan tempahan pesawat, khususnya melibatkan 737 MAX, model terbaharu paling laris.

Tetapi kini Boeing mengalami krisis paling serius apabila beberapa syarikat penerbangan dan negara yang menggantung operasi pesawat itu semakin meningkat susulan nahas pesawat 737 MAX milik Ethiopian Airlines, ET302, dekat Addis Ababa, Ahad lalu yang mengorbankan 157 orang, kejadian kedua bagi pesawat jenis itu selepas Lion Air.

Pesawat 737 MAX, yang memulakan operasi pada Mei 2017, adalah maklum balas Boeing terhadap pesaingnya, Airbus A320 NEO, yang membolehkan pengeluar Eropah mengatasi Boeing dalam pasaran pesawat jarak sederhana.

Model MAX mempunyai empat varian iaitu MAX 7, 8, 9 dan 10, dibezakan dengan jumlah penumpang yang boleh dibawa dan menelan kos AS$121.6 juta serta menyumbang 1/3 dari keuntungan Boieng.

Diantara kesan-kesan tragedi nahas pesawat Boeing 737 MAX milik Ethiopian Airlines, ET302 kepada operasi penerbangan dan negara dunia adalah:-

1.Icelandair Group memutuskan untuk menggantung operasi tiga pesawat Boeing 737 MAX 8 secara sementara sehingga notis seterusnya dikeluarkan.

2.Jerman, Ireland, Perancis dan Turki mengambil langkah 'menutup ruang udaranya' terhadap pesawat Boeing 737 MAX 8.

3.Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA) New Zealand pagi ini mengumumkan larangan terhadap pesawat Boeing 737 MAX daripada memasuki ruang udaranya walaupun New Zealand tidak memiliki pesawat Boeing.

4.Singapura, Australia, Malaysia dan Oman bertindak mengeluarkan arahan melarang semua pesawat Boeing 737 MAX 8 daripada memasuki ruang udaranya.

5.Juruterbang Aeroli¬neas Argentinas dari Argentina menolak untuk menerbangkan pesawat Boeing.

6.China, Ethiopia, Korea Selatan, Brazil, Mongolia, Indonesia, Mexico, Cayman Islands, Argentina, Afrika Selatan, India dan Vietnam dilaporkan menggantung operasi pesawat Boeing 737 MAX 8.

7.Pesawat jenis Boeing kira-kira 350 pesawat MAX 8 yang kini dalam perkhidmatan, digantung operasi.

8.Saham Boeing susut lebih 11 peratus sejak nahas tersebut.

9.Syarikat penerbangan Indonesia, Lion Air menangguh untuk menerima penghantaran empat buah pesawat baharu model Boeing 737 MAX 8 yang ditempah sebelum ini dan menilai semula perjanjian jual beli yang dilakukan sama ada keputusan akan diteruskan atau tidak.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) (FAA) mengarahkan Boeing untuk melakukan penambahbaikan dari segi perisian anti-pegun dan pengendalian terhadap pesawat 737 MAX 8 menjelang akhir bulan depan malah FAA ketika ini bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB).
Jika ada isu yang menjejaskan kese¬lamatan, FAA akan mengambil langkah segera dalam kenyataanya.
 
Boeing sebelum ini mengulangi pendirian bahawa pesawat 737 MAX 8 adalah selamat untuk digunakan dan enggan membuat sebarang spekulasi berhubung nahas yang berlaku kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

Negara Amerika Syarikat (AS) sehingga kini masih membenarkan pesawat itu beroperasi tetapi pihak berkuasa penerbangan meminta Boeing melakukan penambahbaikan terhadap sistem kawalan pesawat termasuk sistem anti-pegun dikenali MCAS dan sehingga kini tiada syarikat penerbangan yang secara rasmi membatalkan tempahan pesawat MAX tetapi laporan media menyebut Lion Air menimbangkan untuk menukar tempahan MAX 8 kepada Airbus.

Sumber: Utusan Online & Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments