Legenda tidak dibuat dalam sehari. Siri BMW 3 baru
adalah generasi sedan sukan ke-7 untuk mewujudkan semangat pemandu yang benar;
kali ini lebih berani, lebih pintar, dan lebih jelas daripada semua
pendahulunya. Keturunan berterusan.
BMW Malaysia memperkenalkan BMW 3 Series Serba Baharu melalui model BMW
330i M Sport dan roadster BMW Z4 untuk pasaran tempatan hari ini.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, sebagai
model sedan sport premium ikonik jenama itu sejak 45 tahun lalu, model 3 Series
terjual lebih 15 juta unit di seluruh dunia kini menetapkan aras baru untuk
industri automotif premium.
“Selain ciri prestasi dengan pakej M Sport berkuasa 258hp dan daya tork
400Nm, ia juga dilengkapi rekaan lebih sporty serta ciri karakter elemen klasik
tampil menyerlahkan gaya atletik,” katanya ketika pelancaran.
Dijana enjin petrol 2.0 liter TwinPower Turbo, BMW 330i M Sport mampu
mencapai kelajuan 250 kilometer/sejam (km/j) dengan transmisi 8 kelajuan
Steptronic Sport.
Teknologi ketersambungan melalui BMW Intelligent Personal Assistant
untuk fungsi arahan suara serta BMW Digital Key, jentera BMW 3 Series baharu
ini boleh dibuka dan dikunci dengan mudah menerusi penggunaan teknologi Near Field Communication (NFC) yang
dilengkapi dalam pilihan telefon pintar Android Samsung.
Untuk pasaran Malaysia BMW 330i M Sport dijual pada harga RM328,800
(atas jalan tanpa insurans) dengan waranti pengeluar selama lima tahun tanpa
had perbatuan ditawarkan.
Untuk model BMW Z4 baharu yang pertama kali diperkenalkan ke dalam
pasaran tempatan ia dijual pada harga sekitar RM460,000.
Sumber : Harian Metro & BMW.com
0 Comments