MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019



 
Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019 sebanyak RM100 yang bakal memanfaatkan 1.2 juta pelajar di negara ini (Malaysia) dibayar mulai hari ini (28.03.2019).

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dengan peruntukan RM120 juta, ia akan disalurkan menggunakan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat bagi mengurangkan beban kewangan pelajar institusi pendidikan tinggi.

Pelajar yang memenuhi kriteria boleh membuat semakan status kelayakan melalui portal Bank Rakyat mulai hari ini di pautan http://www.bankrakyat.com.my/bppt.



 

Bagi pelajar sedia ada yang mempunyai Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat, bantuan akan dikreditkan ke akaun pelajar mulai hari ini secara berperingkat manakala bagi pelajar yang belum mempunyai kad diskaun tersebut, permohonan baharu boleh dibuat melalui portal Bank Rakyat mulai 1 April 2019, di pautan https://www.bankrakyat.com.my/
 
 

Sekiranya semakan status ‘tiada rekod’ dipaparkan di portal Bank Rakyat, pelajar diminta menghubungi dan memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi pendidikan masing-masing untuk mengemaskini data MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti/e-IPTS (IPT Swasta)/penyelaras agensi yang berkaitan selewat-lewatnya pada 28 April 2019.

Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh merujuk kepada Garis Panduan Pemberian BPPT 2019 dengan mengakses pautan portal 

https://www.moe.gov.my/index.php/pemberitahuan/pengumuman/4994-garis-panduan-bppt2019. 



Tarikh akhir permohonan BPPT 2019 adalah pada 31 Mei depan dan tarikh akhir pengambilan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat adalah pada 31 Julai 2019.

Sumber: Berita Harian &  Portal Rasmi Bank Rakyat


Post a Comment

0 Comments