MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Aplikasi cALLme


Langkah membangun, memperkenalkan dan  seterusnya melancarkan  aplikasi cALLme pada hari ini  15 Mac 2019 oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bersama Pertubuhan Pemandu, Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) patut diberi pujian atas usaha menggalakkan persaingan sihat dan memberikan perkhidmatan terbaik buat semua pelanggan.

Aplikasi e-hailing, cALLme yang berperanan mempromosi, mengiklan dan memperkenalkan perkhidmatan melibatkan pemandu teksi kepada masyarakat.

cALLme aplikasi yang akan memberikan saingan dan pilihan kepada pelanggan memilih perkhidmatan mana yang terbaik dan memberikan  saingan terhadap Grab,  MyCar,  Dacse dan sistem e-hailing yang lain.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook secara rasmi merasmikan majlis perasmian pelancaran aplikasi cAALme  berkata, cALLme yang merupakan inisiatif bersama Koperasi Pemandu dan Pengusaha Teksi Limusin dan Kereta Sewa Selangor Berhad (Kopetekma) membantu pemandu teksi khususnya di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersaing dengan perkhidmatan e-hailing yang lain atau sedia ada.

Pendekatan lebih moden ini dilihat mampu menjamin kebajikan pemandu teksi dan merupakan satu hala tuju yang betul.

Aplikasi ini juga berupaya mengharmonikan industri e-hailing dan meningkatkan daya saing dalam kalangan pemandu teksi seiring dengan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang bakal menjana pertumbuhan ekonomi ke arah pendigitalan yang holistik sekali gus meningkatkan produktiviti.

Aaplikasi e-hailing cALLme dijangka memberi impak positif kepada koperasi yang berteraskan fungsi pengangkutan selain meningkatkan perkhidmatan industri teksi dan kereta sewa koperasi sedia ada.

Selain itu juga aplikasi ini dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi dan membantu pemandu-pemandu teksi meneruskan perkhidmatan dan kelangsungan pendapatan mereka.

Sumber : Utusan Online dan Penulis sendiri.



Post a Comment

0 Comments