MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

6 Khasiat Utama Jantung Pisang Yang Anda Perlu Tahu



Pokok pisang adalah tumbuhan yang mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Sesuai ditanam berhampiran rumah.

Namun ramai orang yang tidak tahu khasiat jantung pisang yang dihasilkan oleh pokok pisang. Berikut dikongsikan khasiat jantung pisang untuk kebaikan bersama.

1.Mencegah dari penyakit stroke

Penyakit stroke terjadi apabila aliran darah ke otak mengalami gangguan akibat nutrisi dan oksigen yang diperlukan oleh otak tidak dipenuhi dengan baik.

Kebiasanya penyakit stroke berpotensi menyerang mereka yang berumur 15 tahun hingga 40an..

Jantung pisang embun/ambon adalah terbaik bagi ubat mencegah penyakit stroke , caranya rebus, peras dan ambil sarinya serta diminum 2 kali sehari.



2.Mencegah dari penyakit kanser 

Jantung pisang yang mempunyai ekstrak metanol dan antioksidan melalui vitamin E mampu mencegah kesan radikal bebas yang menyerang tubuh melalui organ tubuh yang menyebabkan sel tubuh menua dan rosak.

3.Kaya dengan mineral dan serat

Jantung pisang mengandungi fiber, karbohidrat,  protein vitamin B1, vitamin E dan flavanoid.

4.Melambatkan Penuaan


Mempunyai antioksidan melalui vitamin E dan flavanoid bagi menjaga dan merawat kesihatan kulit secara langsung melambatkan sistem penuaan kulit, seseorang itu tampak muda walaupun telah berumur. Flavanoid berfungsi sebagai anti radikal dan memperbaiki sel-sel yang rosak.

5.Diet terbaik 

Jantung pisang mempunyai karbohidrat dengan menjadikannya amalan makanan diet adalah sessuai. Seseorang  itu mudah kenyang dan bertenaga. Unsur fiber yang ada pada jantung pisang melancarkan sistem pencernaan.

6.Meningkatkan penghasilan ASI

Air Susu Ibu  (ASI) merupakan sumber nutrisi bagi bayi. Amat sesuai bagi ibu - ibu yang baru melahirkan anak, jantung pisang yang direbus dan dimakan oleh para ibu mampu menghasilkan ASI yang produktif.

Sekiranya khasiat jantung pisang ini bermanfaat bagi kita dan orang lain,  mohon kongsikan agar semua kita dapat manfaatnya.

Sekiranya info diatas bermanfaat kepada anda dan orang lain,  mohon kongsikan kepada orang lain bagi manfaat bersama.


Post a Comment

0 Comments