Bulan Ramdahan (Mei 2019) adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam diseluruh dunia mahupun Di Malaysia, Kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh Rahmat , keampuanan dan keberkataan .
Pada bulan Ramadhan juga ketika itu umat Islam diwajibkan membayar zakat Fithrah sebelum merayakan bulan Syawal.
Zakat Fithrah
Pengertian Bahasa
Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.
Pengertian Syarak
Zakat Fithrah di definisikan sebagai zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat - syarat yang ditetapkan.
Syarat Wajib Zakat Fithrah
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fithrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah :
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kaedah pembayaran zakat fithrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Seperti melalui hadis Rasulullah saw.
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata:
"Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadhan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir, atas seorang hamba merdeka, laki -laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslimin."
(HR : Bukhari dan Muslim)
Kadar Zakat Fithrah
Kadar fithrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh pihak Berkuasa Agama Negeri -Negeri.
Bagi memudahkan pembayaran zakat fithrah pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri membenarkan perlaksanaan pembayaran menggunakan Wang contoh Malaysia Ringgit Malaysia (RM/MYR).
Waktu Menunaikan Zakat Fithrah
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga matahari satu (1) Syawal.
2. Waktu Afdal
Sebelum sembayang/solat sunat Hari Raya
3. Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu Makruh
Selepas sembayang/solat sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari satu (1) Syawal
5. Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu (1) Syawal
Hikmah Disyariatkan Zakat
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
2. Membersihkan diri pembayar zakat.
3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
5. Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
7. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
9. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Sumber : Artikel /majalah /laman sesawang Pusat Zakat Sabah & Selangor.
0 Comments