Pusat Transformasi Bandar (UTC)
di Sabah dan Sarawak akan beroperasi pada waktu baru bermula 4 Mac ini setelah
mengambil kira faktor permintaan dan langkah penjimatan kerajaan, kata Menteri Kewangan
Lim Guan Eng.
Lim dalam kenyataan hari ini
berkata, UTC di kedua-dua negeri itu akan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga
7 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari 8 pagi hingga 5 petang pada
Sabtu dan Ahad.
Bagi tiga UTC di Sabah iaitu Kota
Kinabalu, Tawau dan Keningau, waktu rehat solat Jumaat ialah dari pukul 11.30
pagi hingga 2 petang, manakala tiga UTC di Sarawak (Kuching, Miri dan Sibu)
dari pukul 11.45 pagi hingga 2.15 petang.
ISNIN - AHAD
|
SABAH
|
SARAWAK
|
Waktu Operasi
|
10 AM – 7 PM
|
10 AM – 7 PM
|
Waktu Rehat (Jumaat)
|
11.30 AM – 2.00 PM
|
11.45 PM – 2.15 PM
|
Lim berkata hasil mengoptimumkan
waktu operasi UTC itu dijangka dapat memberikan penjimatan sebanyak RM2.1 juta.
"Walaupun pertukaran waktu
operasi ini dibuat sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan, UTC tetap
beroperasi selama tujuh hari seminggu kecuali cuti umum bagi memudahkan orang
awam mendapatkan perkhidmatan kerajaan," katanya.
Lim berkata waktu-waktu operasi
UTC di negeri-negeri lain kekal seperti yang diumumkan sebelum ini.
"Waktu operasi UTC akan
dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan permintaan rakyat dipenuhi dan
pada masa yang sama perbelanjaan kerajaan dibuat secara efisien tanpa
pembaziran waktu dan tenaga serta wang rakyat," kata Lim.
-Bernama
0 Comments