MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Vaksin



Sejak akhir –akhir ini (Malaysia) timbul isu berkenaan vaksin, sehinggakan Menteri Kesihatan Malaysia , Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan, bahawa pihaknya akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan kepada kanak-kanak rakyat Malaysia.

Sebelum ini terpulang kepada para ibu bapa untuk membenarkan bayi dan kanak-kanak kecil  mereka disuntik dengan vaksin atau tidak, kes yang berlaku di Johor Bahru, baru-baru ini seorang bayi lelaki berumur 25 bulan telah meninggal dunia tanpa di vaksinasi disebabkan jangkitan penyakit difteria  (penyakit yang boleh berjangkit sekiranya tersebar)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggerakkan satu pasukan 'task force' bagi mengkaji cadangan dan desakan mewajibkan suntikan vaksin di negara ini, namun pelbagai aspek perlu diambil kira termasuk dari sudut undang-undang (Penggubalan dan penambahan Rang Undang-Undang)

Vaksin berasal dari perkataan latin ‘Vaccinus’ yang membawa maksud ‘berkenaan dengan lembu’. Ia bermula pada tahun 1796 apabila Dr. Edward Jenner mendapati gadis pemerah susu lembu yang pernah dijangkiti cacar lembu jarang menderita akibat jangkitan cacar.

Tujuan suntikan vaksin dibuat pada diri individu tersebut adalah untuk imunisasi (ketahanan badan melawan penyakit)

Diantara jenis-jenis imunisasi vaksin  untuk kanak-kanak  dari  < 2 Bulan sehingga  < 6 tahun (prasekolah):-

VAKSIN
FUNGSI
BCG adalah Basile Calmette-Guerin
Memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis
MR adalah dos booster
memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella
HPV adalah Human Papillomavirus
Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun

Kanak-kanak berumur 7 tahun atau lebih:-

VAKSIN
FUNGSI
DTap
Kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis
DT
Dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.

Untuk keterangan lanjut dan terkini berkenaan vaksin dan fungsinya sila layari laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di alamat http://www.myhealth.gov.my/penggunaan-vaksin/


Kurangnya kefahaman para ibu bapa berkenaan vaksin, menyebabkan mereka (para ibu bapa) antivaksin, diantara faktor berlakunya mereka antivaksin adalah:-

1. kurang pengetahuan mengenai kepentingan vaksin atau mendapat maklumat daripada sumber yang tidak tepat.

2. Dari sudut pandangan agama dikatakan haram (sepatutnya mereka rujuk Jabatan Mufti negeri masing-masing) sebelum menjatuhkan hukum vakisn adalah haram dan ada juga yang beranggapan vaksin ini akan memberi side effect (kesan sampingan) kepada anak mereka

3. Pelbagai amalan perubatan dan kepercayaan secara tradisional, mempengaruhi mereke bersifat antivaksin, sepatutnya mereka perlu mendapatkan fakta dan maklumat tepat mengenainya

3. Golongan penjual tidak bertauliah yang mempopularkan produk alternatif vaksin di pasaran, yang tidak mendapat kelulusan dari KKM, seperti di pasar-pasar malam dan pasar minggu.

4. Dalam dunia teknologi hari ini pelbagai platform digunakan termasuk media sosial untuk menyebarkan berita palsu mengenai keburukan vaksin kepada kanak-kanak

Untuk mengatasi perkara di atas perkara asas yang perlu diberi perhatian bagi menjayakan dasar dan  mewajibkan bayi serta kanak-kanak kecil di vaksin adalah menguar-uarkan/pengiklanan/ceramah/nasihat kepentingan suntikan vaksin untuk kebaikan kesihatan bayi dan anak-anak mereka (para ibu bapa), ini kerana pelbagai faktor dan kepercayaan mempengaruhi mereka menjadi antivaksin.

Sekiranya ada penerangan yang jelas dari medium yang dinyatakan diatas boleh membantu kefahaman mereka untuk membenarkan anak mereka di vaksin.

Diantara kebaikan/faedah-faedah vaksinasi adalah:-

1. Vaksin terbukti mampu melawan penyakit berbahaya seperti campak, batuk kokol dan tetanus atau penyakit kejang urat.

2. Suntikan vaksin menghasilkan sel dan antibodi secara semulajadi bagi melindungi nya daripada jangkitan virus dan bakteria

3. Antigen dalam vaksin bertindak merangsang sistem daya lawan jangkitan (imun) untuk menghasilkan antibodi khusus terhadap penyakit tertentu. Ia menguatkan imuniti melalui rangsangan kepada sel pertahanan supaya mengenali virus atau bakteria tertentu untuk dilawan pada masa hadapan

3. Kadar morbiditi dan mortaliti (kematian) penyakit cegahan vaksin telah berkurangan dengan ketara. Imunisasi telah menjadikan dunia semakin selamat dengan menyelamatkan jutaan nyawa dari dijangkiti penyakit yang boleh dicegah ini. Tanpa imunisasi, dua hingga tiga juta lagi kanak-kanak dan orang dewasa mati setiap tahun akibat penyakit poliomyelitis, meningitis, difteria dan penyakit cegahan vaksin yang lain.

Kesimpulannya , untuk menjayakan dasar dan memberikan kefahaman kepada para ibu bapa untuk menerima, membenarkan anak-anak mereka di vaksin , perlunya penglibatan pihak kerajaan, badan-badan NGO, badan-badan berkanun, oragnisasi-organisasi dan para ibu bapa berkerjasama mengembeling tenaga bagi  memastikan anak-anak sihat dan sejahtera.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Utusan, Malaysiakini, Astro Awani dan Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments