Sejak akhir –akhir ini (Malaysia) timbul isu berkenaan vaksin, sehinggakan Menteri Kesihatan Malaysia , Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan, bahawa pihaknya akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan kepada kanak-kanak rakyat Malaysia.
Sebelum ini terpulang kepada para ibu bapa untuk
membenarkan bayi dan kanak-kanak kecil
mereka disuntik dengan vaksin atau tidak, kes yang berlaku di Johor
Bahru, baru-baru ini seorang bayi lelaki berumur 25 bulan telah meninggal dunia
tanpa di vaksinasi disebabkan jangkitan penyakit difteria (penyakit yang boleh berjangkit sekiranya
tersebar)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah
menggerakkan satu pasukan 'task force' bagi mengkaji cadangan dan desakan
mewajibkan suntikan vaksin di negara ini, namun pelbagai aspek perlu diambil
kira termasuk dari sudut undang-undang (Penggubalan dan penambahan Rang
Undang-Undang)
Vaksin berasal dari perkataan latin ‘Vaccinus’ yang
membawa maksud ‘berkenaan dengan lembu’. Ia bermula pada tahun 1796 apabila Dr.
Edward Jenner mendapati gadis pemerah susu lembu yang pernah dijangkiti cacar
lembu jarang menderita akibat jangkitan cacar.
Tujuan suntikan vaksin dibuat pada diri individu
tersebut adalah untuk imunisasi (ketahanan badan melawan penyakit)
Diantara jenis-jenis imunisasi vaksin untuk kanak-kanak dari <
2 Bulan sehingga < 6 tahun
(prasekolah):-
VAKSIN
|
FUNGSI
|
BCG adalah Basile Calmette-Guerin
|
Memberi perlindungan terhadap
Tuberkulosis
|
MR adalah dos booster
|
memberi perlindungan terhadap Measles (campak)
dan Rubella
|
HPV adalah Human Papillomavirus
|
Vaksin ini hanya untuk remaja
perempuan 13 tahun
|
Kanak-kanak berumur 7 tahun atau lebih:-
VAKSIN
|
FUNGSI
|
DTap
|
Kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan
terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis
|
DT
|
Dos booster yang memberi perlindungan terhadap
Difteria dan Tetanus.
|
Untuk keterangan lanjut dan terkini berkenaan
vaksin dan fungsinya sila layari laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) di alamat http://www.myhealth.gov.my/penggunaan-vaksin/
Kurangnya kefahaman para ibu bapa berkenaan vaksin,
menyebabkan mereka (para ibu bapa) antivaksin, diantara faktor berlakunya
mereka antivaksin adalah:-
1. kurang pengetahuan mengenai kepentingan vaksin atau
mendapat maklumat daripada sumber yang tidak tepat.
2. Dari sudut pandangan agama dikatakan haram
(sepatutnya mereka rujuk Jabatan Mufti negeri masing-masing) sebelum
menjatuhkan hukum vakisn adalah haram dan ada juga yang beranggapan vaksin ini
akan memberi side effect (kesan sampingan) kepada anak mereka
3. Pelbagai amalan perubatan dan kepercayaan secara
tradisional, mempengaruhi mereke bersifat antivaksin, sepatutnya mereka perlu
mendapatkan fakta dan maklumat tepat mengenainya
3. Golongan penjual tidak bertauliah yang
mempopularkan produk alternatif vaksin di pasaran, yang tidak mendapat
kelulusan dari KKM, seperti di pasar-pasar malam dan pasar minggu.
4. Dalam dunia teknologi hari ini pelbagai platform
digunakan termasuk media sosial untuk menyebarkan berita palsu mengenai
keburukan vaksin kepada kanak-kanak
Untuk mengatasi perkara di atas perkara asas yang
perlu diberi perhatian bagi menjayakan dasar dan mewajibkan bayi serta kanak-kanak kecil di
vaksin adalah menguar-uarkan/pengiklanan/ceramah/nasihat kepentingan suntikan
vaksin untuk kebaikan kesihatan bayi dan anak-anak mereka (para ibu bapa), ini
kerana pelbagai faktor dan kepercayaan mempengaruhi mereka menjadi antivaksin.
Sekiranya ada penerangan yang jelas dari medium
yang dinyatakan diatas boleh membantu kefahaman mereka untuk membenarkan anak
mereka di vaksin.
Diantara kebaikan/faedah-faedah vaksinasi adalah:-
1. Vaksin terbukti mampu melawan penyakit berbahaya
seperti campak, batuk kokol dan tetanus atau penyakit kejang urat.
2. Suntikan vaksin menghasilkan sel dan antibodi
secara semulajadi bagi melindungi nya daripada jangkitan virus dan bakteria
3. Antigen dalam vaksin bertindak merangsang sistem
daya lawan jangkitan (imun) untuk menghasilkan antibodi khusus terhadap
penyakit tertentu. Ia menguatkan imuniti melalui rangsangan kepada sel
pertahanan supaya mengenali virus atau bakteria tertentu untuk dilawan pada
masa hadapan
3. Kadar morbiditi dan mortaliti (kematian) penyakit
cegahan vaksin telah berkurangan dengan ketara. Imunisasi telah menjadikan
dunia semakin selamat dengan menyelamatkan jutaan nyawa dari dijangkiti
penyakit yang boleh dicegah ini. Tanpa imunisasi, dua hingga tiga juta lagi
kanak-kanak dan orang dewasa mati setiap tahun akibat penyakit poliomyelitis,
meningitis, difteria dan penyakit cegahan vaksin yang lain.
Kesimpulannya , untuk menjayakan dasar dan
memberikan kefahaman kepada para ibu bapa untuk menerima, membenarkan anak-anak
mereka di vaksin , perlunya penglibatan pihak kerajaan, badan-badan NGO,
badan-badan berkanun, oragnisasi-organisasi dan para ibu bapa berkerjasama
mengembeling tenaga bagi memastikan
anak-anak sihat dan sejahtera.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Utusan, Malaysiakini, Astro Awani dan Penulis sendiri
0 Comments