MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tekonologi 5G Maxis dan Huawei



Kongres Dunia Mudah Alih telah diadakan di Barcelona bermula 25 dan berakhir pada hari ini 28 Februari 2019, menyaksikan Maxis dan Huawei (Malaysia) memeterai perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha melonjakkan teknologi 5G di Malaysia. 

Berkerjasama dan melaksanakan percubaan tekonogi 5G dengan sistem dan perkhidmatan serba lengkap menjadi fokus utama MoU tersebut.

Maxis Communications Berhad (didaftarkan sebagai Maxis) merupakan pengendali perkhidmatan telefon bimbit diantara yang terbesar di Malaysia, selain Celcom, Digi dan Telekom pesaing kepada industri teknologi maklumat dan komunikasi.

Huawei Technologies Co.  Ltd adalah syarikat multinational peralatan rangkaian dan telekomunikasi, yang berpusat di China dan merupakan pengeluar peralatan telekomunikasi yang terbesar di dunia.

Maxis dan Huawei menajadi perintis di Malaysia dalam percubaan menjalankan sesi teknologi 5G dan membawa teknologi 5 G terkini.

Maxis sebagai peneraju rangkaian dari segi kelajuan, kualiti dan prestasi bersedia bagi mengwujudkan inovasi 5G kepada pengguna dan bagi tujuan perniagaan pada masa akan datang.

Huawei sebagai peneraju penyedia infrastruktur ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dunia, komited untuk memperluas sempadan perniagaan serta meninjau saluran bagi pertumbuhan baharu berteraskan produk 5G yang mudah, serba lengkap dan menepati semua jenis keadaan.

Persoalannya adakah Maxis dan Huawei berupaya untuk memberikan perkhidmatan teknologi 5G terbaik kepada pengguna-pengguna dan syarikat syarikat di Malaysia serta apakah kesan terhadap ekonomi dan pesaing-pesaingnya, sama-sama kita nantikan di masa akan datang.

Sumber: Bernama, Utusan, Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments