Kongres Dunia Mudah Alih telah diadakan
di Barcelona bermula 25 dan berakhir pada hari ini 28 Februari 2019,
menyaksikan Maxis dan Huawei (Malaysia) memeterai perjanjian Memorandum
Persefahaman (MoU) dalam usaha melonjakkan teknologi 5G di Malaysia.
Berkerjasama dan melaksanakan
percubaan tekonogi 5G dengan sistem dan perkhidmatan serba lengkap menjadi fokus
utama MoU tersebut.
Maxis Communications Berhad
(didaftarkan sebagai Maxis) merupakan pengendali perkhidmatan telefon bimbit diantara
yang terbesar di Malaysia, selain Celcom, Digi dan Telekom pesaing kepada industri
teknologi maklumat dan komunikasi.
Huawei Technologies Co. Ltd adalah syarikat multinational peralatan
rangkaian dan telekomunikasi, yang berpusat di China dan merupakan pengeluar
peralatan telekomunikasi yang terbesar di dunia.
Maxis dan Huawei menajadi
perintis di Malaysia dalam percubaan menjalankan sesi teknologi 5G dan membawa
teknologi 5 G terkini.
Maxis sebagai peneraju rangkaian
dari segi kelajuan, kualiti dan prestasi bersedia bagi mengwujudkan inovasi 5G
kepada pengguna dan bagi tujuan perniagaan pada masa akan datang.
Huawei sebagai peneraju penyedia
infrastruktur ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dunia, komited untuk
memperluas sempadan perniagaan serta meninjau saluran bagi pertumbuhan baharu
berteraskan produk 5G yang mudah, serba
lengkap dan menepati semua jenis keadaan.
Persoalannya adakah Maxis dan
Huawei berupaya untuk memberikan perkhidmatan teknologi 5G terbaik kepada
pengguna-pengguna dan syarikat syarikat di Malaysia serta apakah kesan terhadap
ekonomi dan pesaing-pesaingnya, sama-sama kita nantikan di masa akan datang.
Sumber: Bernama, Utusan, Penulis
sendiri
0 Comments