MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Solat, Zakat dan Nasihat


Daripada Jarir bin 'Abdillah ra katanya: Aku telah mengaku serta berjanji kepada Nabi saw : Bahawa aku akan tetap mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberikan nasihat yang baik kepada setiap orang islam.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis diatas menjelaskan bertapa pentingnya mendirikan solat 5 waktu sehari dan semalam, mengeluarkan zakat bagi mereka yang mampu dan memberikan nasihat yang baik kepada orang islam amar mahruf nahi mungkar menyeruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta berpesan pesan pada yang hak/benar.

Mendirikan sembayang/solat

Daripada Amru bin Syu'aib ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: " Rasulullah saw bersabda :"Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh (7) tahun. Apabila sudah mencapai sepuluh (10) tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya serta pisahkanlah tempat tidur mereka."

(Hadis Riwayat : Abu Dawud )

Hadis diatas menjelaskan perintah solat 5 waktu sehari semalam (Subuh,  Zohor , Asar,  Maghrib dan Isyak) , mengajar anak dengan mauizatul hassanah (dengan teladan) secara berhikmah dan pukulan tidak mendera dan berniat untuk mengajar dengan kasih sayang serta pisahkan tempat tidur anak-anak lelaki dan perempuan/wanita dan menjaga batas-batas pergaulan.

Mengeluarkan zakat

Menjadi kewajiban kepada semua orang beragama islam sekiranya mampu dan cukup syarat, sebagaimana yang termaktub di dalam Rukun Islam.

Zakat juga mempunyai kategori-kategorinya
Seperti zakat pendapatan,  zakat penggajian,  zakat simpanan,  zakat perniagaan,  zakat emas/perak, zakat saham,  zakat pertanian,  zakat ternakan,  zakat harta dan zakat fitrah.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :"Islam didirikan diatas lima perkara,  iaitu bersaksi tiada Tuhan melainakn Allah swt dan Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah swt, menunaikan zakat, berpuasa dibulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bagi sesiapa yang berkemampuan".

(Hadis Riwayat : Muttafaq 'Alaih)

Memberikan nasihat yang baik kepada setiap muslim

Daripada Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya Rasulullah saw bersabda :" Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka, sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukanya, tidak dikurangi dosa mereka itu sedikit pun."

(Hadis Riwayat : Muslim) 

Hadis diatas menjelaskan amar mahruf nahi mungkar ia ini mengajak kearah kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran/kejahatan.

Berpesan-pesan dengan hak/jalan yang benar seperti mana terjemaahan ayat surah "wal-Asr" bererti "Demi Masa ".


Sumber : JAKIM dan Penulis sendiri 


Post a Comment

0 Comments