MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Revolusi Perindustrian Keempat (Revolusi Industri 4.0)



Apakah yang dimaksudkan dengan Revolusi Industri 4.0?

Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak.

Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.

Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.

“Perkembangan perindustrian dunia bermula dengan Revolusi Industri 1.0 merujuk kebergantungan kepada wap bagi menggerakkan jentera dan kemudiannya kuasa elektrik atau Revolusi Industri 2.0 sebelum datangnya era digital iaitu internet dan komputer dikenali Revolusi Industri 3.0.

Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing.

Mungkin sukar untuk digambarkan logik akalnya apabila melihat pesanan piza yang kita lakukan melalui pesanan telefon, akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah.

Selain itu, segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberi makanan haiwan kesayangan dan mematikan alat pendingin hawa hanya perlu menekan butang di telefon pintar masing-masing tanpa perlu lagi bersusah payah mengambil perkhidmatan pembantu rumah.

Untuk ke pejabat pula, kita tidak perlu lagi untuk menghidupkan enjin dan memandu di tengah-tengah jalan raya yang sesak.

Semuanya akan selesai dengan hanya menekan butang kekunci, penumpang boleh menyambung tidur dalam kereta masing-masing dan segala urusan pemanduan akan dikawal sepenuhnya melalui satelit sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat.

Senario tersebut walaupun pelik, namun secara perlahan-lahan telah mula berkembang dan berevolusi menjadi satu bentuk norma yang biasa pada masa akan datang.

Hari ini pun kita telah menggunakan teknologi tersebut diantranya penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps yang menyediakan pemandu tentang maklumat laluan serta perjalanan adalah antara petanda-petanda awal kepada pengenalan dunia yang dipanggil Internet of Things (IoT).

Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

Revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia,mesin dan kaedah baharu teknologi.

Dengan kata lain, teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung.

Industri 4.0 juga dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan.

Jadi, sekiranya cabaran teknologi baharu yang kompleks itu tidak diberi penekanan sewajarnya, ia boleh menyebabkan sesebuah negara itu jauuh ketinggalan dalam persaingan di peringkat global.

Cabaran Revolusi Industri 4.0

Amat perlu kita memahami teras belanjawan itu sebagai berharmoni dengan kerangka maqasid syariah yang menjangkau semua urusan kehidupan dengan sasaran kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Ini bererti, kita perlu merungkai agenda kehidupan dalam kerangka al-Quran, sebagaimana perintah Allah SWT yang bermaksud: “Dan carilah apa yang Allah sediakan di alam akhirat (balasan dan kebahagiaan), tapi janganlah lupa nasib kalian daripada dunia (yakni amal perbuatan dan kenikmatan).” (Al-Qasas: 77).

Berdasarkan ayat ini, Allah memerintahkan agar pandangan alam dan prinsip hidup bermatlamatkan akhirat sebagai pra-syarat sebelum menekuni usaha dan menikmati habuan kehidupan duniawi. Gagasan akhirat mampu membersihkan urusan yang menyalahi etika kemanusiaan dan adab syariah seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penganiayaan, penipuan dan segala kemungkaran.

Seperti ungkapan hikmah para cendekiawan mengatakan “jika kita mengejar dunia, dunia akan lari lebih pantas dan kita akan kepenatan. Jika kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Sesungguhnya, orang yang memahami ungkapan ini ialah orang yang telah menjiwai mafhum firman Allah tersebut. Merekalah yang te­lah mencapai Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.
Semua pihak perlu memastikan pembangunan inklusif dalam rentak revolusi perindustrian keempat. Umat Islam sewajarnya lebih peka dan bersedia kerana semua teknologi yang sedang pesat berkembang ini telah disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW antara lain memberi maksud bahawa suasana suatu zaman yang masanya menjadi singkat, jarak sudah menjadi dekat dan komunikasi pula menjadi le­bih rapat (berdasarkan hadis diriwayatkan oleh At-Tirmizi).

Seiring dengan kefahaman ini, semua sektor perlu mempersiapkan diri tidak kira dalam bidang ekonomi, sosial dan sebagainya. Suasana yang digambarkan telah memaksa manusia turut berevolusi dan tidak statik dengan pendekatan tradisi dalam kehidupan.

Namun, maksud pembaharuan dan pembangunan ini ditujukan kepada kaedah kehidupan yang diperbaharui, bukannya memperbaharui teras agama bersifat qat’ie (muktamad) dan tidak berubah.
Di samping manfaatnya yang banyak, impak teknologi dan globalisasi bakal menggandakan persaingan dan meluaskan capaian tanpa sempadan.

Sesebuah negara yang dalam proses menangani isu pengangguran bakal dikejutkan dengan kehilangan beberapa jenis pekerjaan tradisi dalam bidang-bidang tertentu kerana digantikan dengan peranti, teknologi dan aplikasi pintar.

Landskap industri dan jenis pekerjaan sudah mula berubah.
Peluang pekerjaan tradisi bakal digantikan dengan jenis pekerjaan baru umpamanya keperluan kepada pembangun aplikasi pintar, jurutera program, mudah alih dan pakar teknologi.
Sehubungan itu, premis perniagaan juga tidak lagi diperlukan kerana urusniaga dilakukan secara atas talian tanpa halangan masa dan tempat. Premis pejabat, kaunter pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan umpamanya akan dilakukan secara maya.

Di masa hadapan, kehadiran teknologi pintar dalam pelbagai industri menyebabkan ekosistem ekonomi dan sosial turut berubah.

Urusan perbankan sekarang ini lebih mudah dilakukan secara atas talian kerana menjimatkan masa dan tenaga. Sehingga kini, terdapat lebih kurang 11 aplikasi pintar teknowang (teknologi kewangan) telah mampu menggantikan enam kluster fungsi tradisi kewangan melibatkan insurans, deposit dan pinjaman, pembiayaan dana, pelaburan, provisi pasaran dan sistem pembayaran.

Kemudahan penggunaan teknologi ini jika tidak dihemati akan membawa bersamanya sampah sarap anasir buruk seperti aplikasi berbahaya serta boleh membawa kesan moral dan jenayah.
Pesan al-Quran dalam surah al-Baqarah, ayat 195 mafhumnya; “Berinfaqlah kalian ke jalan Allah dan jangan kalian jerumuskan diri kepada kemusnahan, berbuatlah baik kerana Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan.”

 Semua pihak perlu menjalankan peranan masing-masing supaya aspirasi negara berjaya menyelesaikan masalah kemiskinan, pengangguran, ketidaksamaan agihan, kos sara hidup dan menjamin kestabilan moral masyarakat.

Sumber : Utusan/Bernama


Post a Comment

0 Comments