MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pengagihan Zakat


Pengagihan wang zakat kepada Asnaf merupakan tujuan utama kewajipan berzakat. Dalam surah al-Taubah ayat 60 Allah SWT telah memerintahkan agar wang zakat itu diagihkan kepada 8 Asnaf yang berhak sepertimana firmanNya yang bermaksud:-

"...Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat)  itu hanyalah untuk orang - orang fakir dan orang-orang miskin, dan amil - amil yang mengurusnya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan firings, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan)  dalam perjalanan (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.  Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,  Lagi Maha Bijaksana... "

Lapan (8) golongan Asnaf tersebuat adalah :-

  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Amil
  4. Muallaf
  5. Al-Riqab
  6. Al-Gharimin 
  7. Ibnu Sabil
  8. Fisabilillah 

Tujuan zakat diagihkan kepada 8 golongan Di atas adalah bagi memenuhi 6 perkara asas dalam kehidupan iaitu :-

  1. Memberikan Perlindungan 
  2. Makanan dan Minuman
  3. Pakaian
  4. Pendidikan
  5. Perubatan
  6. Pengangkutan
Keenam-enam perkara ini adalah demi menjaga maruah umat Islam terutama para Asnaf dan memastikan mereka hidup dalam keadaan yang mencukupi.





Post a Comment

0 Comments