Pelabur asing merekodkan belian bersih ke atas ekuiti Malaysia bernilai
RM1 bilion pada Januari 2019 susulan peningkatan harga minyak mentah dan
pendirian kadar faedah rendah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).
Penganalisis Maybank Investment Bank Bhd. (Maybank IB), Wong Chew Hann
berkata, pelabur asing juga melakukan jualan bersih dalam enam dari 21 hari
dagangan pada Januari 2019.
Katanya, tindakan pembeli bersih itu seiring harga minyak mentah Brent
yang naik 15 peratus daripada AS$53 (RM215.7) setong pada 31 Disember 2018
kepada AS$61 (RM248.2) setong pada 31 Januari 2019.
“Mesyuarat jawatankuasa Pasaran
Terbuka Persekutuan pada 29 hingga 30 Januari lepas menunjukkan Rizab
Persekutuan AS lebih fleksibel ke atas kadar faedah dan lembaran imbangan bagi
mencerminkan kedudukan ekonomi dan pasaran.
“Pada akhir Januari 2019, pembelian bersih asing terkumpul sejak awal
2010 mencatat tahap yang masih lemah, iaitu sebanyak RM3.8 bilion menunjukkan
bahawa belian ekuiti asing bersih Malaysia akan lebih tinggi berbanding bursa
serantau jika dasar ekonomi Malaysia bertambah baik dan dasar risiko
berkurangan pada masa akan datang,” katanya dalam nota penyelidikan di sini
hari ini.
Maybank IB mengekalkan strategi ekuiti teras yang defensif. Tinjauan
utama domestik membabitkan pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (14 Februari
2019) bagi tempoh suku keempat 2018 (4Q18) dan musim keputusan korporat bagi
suku keempat 2018.
Tumpuan luar utama pula membabitkan perbincangan perdagangan AS dan
China (tarikh akhir pada awal Mac) dan perbincangan Brexit (tarikh akhir 29
Mac).
Katanya, dana asing muncul pembeli bersih saham tempatan bernilai
RM146.8 juta pada minggu lalu, berbanding RM455.1 juta minggu sebelumnya.
“Januari 2019 menyaksikan aliran masuk dana asing bersih berjumlah
RM1.03 bilion atau AS$249.3 juta, aliran masuk bulanan pertama sejak September
tahun lalu.
“Berbanding dengan tiga pasaran ASEAN lain, Malaysia menerima aliran
masuk kedua terendah,” katanya.
Sumber : Utusan Melayu
Untuk pengetahuan, minyak mentah Brent adalah penanda aras (benchmark) kepada harga minyak
antarabangsa. Brent digunakan hampir 2/3 negara di dunia dalam penentapan harga
minyak dunia.
Manakala Brexit adalah istilah yang biasa digunakan untuk United Kingdom (UK), Britain (England, Wales, Scotland
& Ireland Utara) keluar daripada Kesatuan Eropah.
Berikutan undi referendum (pungutan Suara) pada 23 Jun 2016 untuk
meninggalkan kesatuan tersebut, kerajaan UK
memulakan proses pengeluaran pada 29 Mac 2017 yang dirancang bakal berkuatkuasa
pada April 2019.
Sementara itu, MIDF Research berkata, dana asing kembali memasuki Bursa
Malaysia untuk tempoh empat minggu berturut-turut pada kadar yang lebih
perlahan berbanding minggu sebelumnya.
MIDF Research (Malaysian Industrial Development Finance Berhad)
ditubuhkan pada 30 Mac 1960, MIDF didirikan bagi tujuan menggalakkan
pembangunan perindustrian Malaysia dan sejak itu telah mencapai banyak
kejayaan. Kini, MIDF merupakan sebuah institusi maju yang terkenal dan adalah
sebahagian daripada beberapa kisah kejayaan perniagaan-perniagaan di Malaysia
Diantara fungsi MIDF Research :-
Memberikan perkhidmatan penyelidikan dengan liputan yang menyeluruh,
membolehkan anda/organisasi/pihak berkaitan membuat keputusan yang tepat pada
masa yang sesuai untuk perkembangan pelaburan persendirian atau perniagaan.
MIDF
Research memberikan yang terbaik dalam usaha, untuk memberikan anda gambaran
jelas tentang keadaan ekonomi yang dinamik, supaya anda memperolehi pemahaman
yang mendalam berkaitan industri-industri, pekerjaan dan teknologi yang
sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa. Laporan komprehensif juga
disediakan oleh penganalisa-penganalisa pakar yang menyediakan pelbagai
anggaran untuk anda. Laporan-laporan kami yang beratusan jumlah, yang lengkap
dengan ulasan-ulasan ekonomi, merupakan 5 sumber utama dengan tinjauan mendalam
ekonomi, industri-industi dan pasaran di negara ini.
Semoga perkongsian dan penjelasan serba sedikit
dapat memberikan anda gambaran atau panduan mengetahui turun naik harga bahan
mentah khususnya petrol dan diesel di Malaysia.
Seperti yang kita maklum bahawa negara pengeluar
minyak mentah di dunia adalah Russia, Arab Saudi, Amerika Syarikat (US) dan
Iraq.
0 Comments