Diantara faktor –
faktor kenderaan Perodua Myvi Generasi ke 3 (Myvi Gen-3) mendapat permintaan yang
tinggi di kalangan pembeli/pengguna kenderaan di Malaysia:-
1. Rekabentuk
Cita Rasa Tempatan
Rekabentuknya disesuaikan dengan cita rasa tempatan, dinamik dan bergaya menarik minat pembeli/pengguna untuk
membeli Myvi Gen – 3, seakan-akan bentuk Toyota Corolla IM dan seiras Honda
Jazz tetapi berbeza.
Ciri-ciri
rekabentuk yang menarik, seolah-olah pemiliknya mempunyai standard tersendiri,
menyebabkan semua golongan berkeupayan sehingga golangan pelajar menyukainya
dan kita tidak dapat menjangkakan siapa pemilik kenderaan tersebut.
2. Praktikal
Myvi Gen-3 mempunyai ruang di dalam yang praktikal dan luas mewujudkan keselesaan kepada
pembeli/pengguna dan penumpang, buktinya wheelbase
atau jarak roda lebih panjang.
3. Mudah
Dipandu
Kenderaan
Myvi Gen-3 menyediakan pemanduan secara manual dan automatik, terpulang
kepada pemandu untuk memilih yang mana kesesuian dan keselesaan bagi mereka, bagi mereka yang tinggal di bandar disarankan memilih automatik kerana suasana trafic jam, manakala dikampung amat sesuai manual.
4. Harga
Kos Pemilikan
Harga kos
pemilikan penyumbang utama kepada kuasa beli pengguna untuk membeli Myvi Gen-3,
Harga
Myvi berdasarkan Variant Selection:-
1. Myvi 1.3L G – Manual
2. Myvi 1.3L G – Automatik
3. Myvi 1.3L
X – Automatik
4. Myvi 1.5L
H – Automatik
5. Myvi 1.5L AV– Automatik
Harga paling minum tidak termasuk insuran kenderaan adalah:-
Myvi 1.3L G - Manual
|
Solid (RM)
|
Metallic (RM)
|
Peninsular
|
42,790.00
|
42,790.00
|
East
Malaysia ( Sabah )
|
44,790.00
|
44,790.00
|
East
Malaysia ( Sarawak )
|
44,790.00
|
44,790.00
|
Labuan
|
40,693.21
|
40,693.21
|
Langkawi
|
39,343.21
|
39,343.21
|
Harga paling maximum tidak termasuk insuran kenderaan adalah:-
Myvi 1.5L AV - Automatic
|
Solid (RM)
|
Metallic (RM)
|
Peninsular
|
54,090.00
|
54,090.00
|
East
Malaysia ( Sabah )
|
56,090.00
|
56,090.00
|
East
Malaysia ( Sarawak )
|
56,090.00
|
56,090.00
|
Labuan
|
51,711.33
|
51,711.33
|
Langkawi
|
50,361.33
|
50,361.33
|
5. Kos Penyelenggaraan Yang Rendah
Seperti
yang kita maklum bahawa Malaysia adalah Negara pengeluar kenderaan Perodua dan pastinya kenderaan yang dibuat juga menempatkan ciri - ciri kos penyelenggaraan yang rendah seperti perkhidmatan service enjin, spare part yang murah dan mudah didapati di bengkel - bengkel kenderaan.
6. Ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat pada kenderaan mewah.
Myvi Gen-3 mempunyai ciri-ciri kenderaan mewah , rekabentuknya dinamik dan unik menggambarkan kemewahan tersebut.
Enjin Myvi Gen-3 ini dibangunkan oleh Perodua di kilang Daihatsu Perodua Engine Manufacturing (DPEM) di Sendayan , Negeri Sembilan, Malaysia.
Enjin tersebut juga jimat minyak.
Bukti Perodua Myvi Gen-3 mendapat permintaan yang tinggi apabila Pengarah Utusan Perodua Sales Dr. Zahari Husin berkata, sejak pelancaran Myvi Generasi ke 3 pada 2017, lebih daripada 100,000 buah telah diserahkan kepada pengguna yang dihargai.
Sumber: web. Perodua, Utusan Melayu dan penulis sendiri
2 Comments
Still prefer Perodua Axia compared to
ReplyDeletecompared to myvi
Delete