Pada 24 Januari 2019, Perdana Menteri Malaysia Tun
Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 dan pada
hari ini (27.02.2019) ditukar kepada nama Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam yang menyediakan perlindungan
takaful kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang
menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).
Permohonan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam dibuka kepada golongan B40 dan
permohonan boleh dibuat melalui alamat laman sesawang http://www.mysalam.com.my
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui pesanan
SMS.
Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan
Pakatan Harapan (Malaysia) setelah memenangi piliharaya ke – 14 (PRU-14) dan parti
yang memerintah Malayisa, bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful
percuma kepada 3.69 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup
(BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun, serta pasangan mereka. Inisiatif ini
menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat insurans, Great Eastern
Holdings yang telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke
dalam dana amanah mySalam. Kerjasama
ini merupakan contoh model Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership)
yang tulen, ke arah membina rangkaian perlindungan sosial yang lebih baik untuk
rakyat Malaysia.
B40 adalah golongan kumpulan isi rumah
berpendapatan purata bulanan RM 3860.00
kebawah dan 40% rakyat Malaysia dalam golongan ini.
Sebagai permulaan, skim ini akan ditawarkan melalui
Great Eastern Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Diantara faedah Skim Perlindungan Kesihatan
Nasional mySalam:-
- Menyediakan pembayaran sebanyak RM8,000 satu kali / sekaligus sekiranya mereka disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal.
- Menyediakan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari bersamaan purata RM 700 setahun kepada mereka (B40) yang menerima rawatan di mana-mana Hospital Kerajaan Malaysia.
Senarai 36 Penyakit Kritikal yang Dilindungi di bawah Skim Perlindungan
Nasional B40:-
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningitis Bakteria - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Tumor Otak Benign - Keterukan Tertentu
- Buta - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan Otak
- Kanser - Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Kardiomiopati - Keterukan Tertentu
- Anemia Aplastik Kronik - Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
- Koma - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung - Keterukan Tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang - Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor - Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer - Keterukan Tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga - Keterukan Tertentu
Tujuan skim mySalam
diwujudkan adalah untuk menangani kesulitan kewangan golongan B40 yang timbul
akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa salah satu daripada 36
penyakit kritikal yang tidak diduga seperti yang dinyatakan di atas.
Sebanyak 143 hospital termasuk institusi perubatan sebagai panel skim mySalam ini.
Talian
Bantuan
Telefon : 1-300-88-8938
Email : mysalam@greateasterntakaful.com
Sumber : Laman sesawang B40, Utusan, Berita Harian,
Malaysiakini dan Penulis sendiri
0 Comments