Atlet
elit paralimpik Malaysia, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menjulang nama negara
selepas beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Atlet Lelaki Terbaik Asia
2018.
Anugerah berkenaan adalah anjuran Jawatankuasa
Paralimpik Asia (APC) dalam memberi pengiktirafan kepada atlet-atlet para yang
cemerlang di rantau Asia.
Dalam majlis yang berlangsung awal pagi tadi di
Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohamad Ridzuan, atlet olahraga para negara
itu menerima anugerah berkenaan daripada presiden APC Majid Rashed dan presiden
Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli.
Beliau amat berterima kasih kepada Asian Paralympic
Committee kerana memberi recognition kepadanya," katanya dalam dalam
status di laman Instagram milik beliau.
Mohamad Ridzuan atau lebih senang dengan panggilan
Dik Wan dalam posting berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada ibu
bapanya yang sentiasa memberi sokongan untuk terus berjaya dan juga
jurulatihnya, R.Jeganathan serta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis
Paralimpik Malaysia (MPM).
Beliau mencipta rekod dunia dan juga rekod Sukan
Para Asia dalam acara 100m lelaki T36 (celebral palsy) ketika beraksi pada
temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lepas.
Pada temasya berkenaan, atlet yang berasal dari
Perlis itu turut meraih dua lagi pingat emas melalui acara lompat jauh dan 400m
kategori yang sama.
Mohamad Ridzuan adalah pemenang pingat emas pertama
Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, MSN & MPM atas kemenangan mengharumkan Malaysia di persada dunia.
Sumber RTM dan Malaysiakini
0 Comments