Keluhan orang ramai mengenai syarat rumit dalam mendapatkan Bantuan Sara
Hidup (BSH) mendapat maklumbalas segera Kementerian Kewangan (MoF) yang bertindak
memudahkan lagi proses pendaftaran BSH 2019.
Dalam
reaksinya, MoF memaklumkan tiga langkah telah diambil bagi memastikan Program
BSH 2019 berjalan dengan lancar.
Tiga langkah
berkenaan ialah:
i. Borang
permohonan BSH 2019 boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan
dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa penghantaran. Borang berkenaan akan
diproses berdasarkan maklumat yang
dilaporkan dalam Borang BSH yang dikemukakan oleh pemohon sahaja.
ii. Pemohon
juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian di mana
muat naik dokumen bukan lagi syarat wajib, dan
iii. Bagi
pemohon BSH berumur 60 tahun dan ke atas (warga emas), pemohon tidak perlu
mengemaskini maklumat melainkan jika terdapat perubahan maklumat memandangkan
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menggunakan data BSH 2018
untuk diproses.
"Walau
bagaimanapun, maklumat permohonan yang diterima daripada pemohon akan
dipadankan dengan data agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi
menentukan kelayakan setiap permohonan.
"Pihak
Kementerian Kewangan akan terus mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah
pemohon, khususnya jika terdapat kesulitan dalam menyempurnakan permohonan
untuk BSH 2019," jelasnya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Akhbar
Utusan Malaysia hari ini melaporkan keluhan orang ramai khususnya warga emas
yang mendakwa semakin susah untuk mendapatkan BSH.
Ini
berikutan pelbagai syarat dikenakan untuk proses kemas kini atau memohon BSH,
antaranya menyediakan sijil nikah atau sekurang-kurangnya surat beranak.
Menurut MoF
lagi, tempoh pendaftaran atau pengemaskinian BSH 2019 telah dibuka mulai 1
Februari hingga 15 Mac 2019.
"Sehingga
hari ini, lebih daripada 900,000 permohonan telah diterima merangkumi 200,000
permohonan baharu dan 700,000 permohonan kemas kini," jelasnya.
Tambahnya,
sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam ucapan
Belanjawan 2019, BSH dijangka akan memanfaatkan lebih daripada empat juta isi
rumah dan melibatkan peruntukan RM5 bilion.
Sumber : UTUSAN ONLINE
0 Comments