MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Makanan Buah -Buahan Sunnah Rasulullah saw

 
Di antara makanan buah - buahan kegemaran/kesukaan Rasulullah saw adalah :

1. Kurma/Tamar

Nabi saw berkata " rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan diantara khasiat buah kurma ianya baik dimakan untuk memudahkan seseorang wanita bersalin.

Untuk makluman pokok kurma juga boleh ditanam di Malaysia dan terbukti mengeluarkan buah contoh pokok kurma yang ditanam di kawasan Masjid Negeri , Kota Kinabalu Sabah.

2. Buah Tin/Figs/Ara

Buah dari syurga seperti mana dalam surah At-Tin yang terkandung di dalam Al-Quran yang mempunyai khasiat boleh  mengubati penyakit buasir.

Penanaman buah tin ketika ini menjadi tanaman Komersial kecil kecilan di Malaysia, penanamannya hanya menggunakan pasu bunga dan tidak memerlukan ruang yang besar.

3. Buah Anggur

Nabi Muhammad saw gemar makan buah anggur diantara khasiat buah anggur ianya boleh membersihkan darah dan perut,  serta menguatkan buah pinggang.

4. Barli

Barli amat sesuai dibuat sup bagi mengubati seseorang yang mengalami demam.

5. Madu 

Madu adalah makanan dan minuman segala makanan dan minuman. Ubat terbaik,  boleh mengubati cirit birit sekiranya diminum bersama madu menggunakan air panas untuk melarutkan zatnya. Membuka selera makan, 
Menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminum di pagi hari bersama air suam dapat membuang sisa sisa makanan yang tertinggal di perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar. 

6. Tembikai

Tembikai sangat sesuai dimakan  ketika seseorang wanita yang menggandung bagi memudahkan melahirkan anak. Seperti sabda Nabi Muhammad saw : "Wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya "

7. Buah Delima 

Membersihkan tubuh badan dari syaitan dan mempunyai vitamain B, K dan Anti - Oksida membentuk imunisasi badan yang just.



Post a Comment

0 Comments