Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada
hari ini (12.02.2019) akan berfungsi sebagai bertindak untuk meneliti dan
membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan
rakyat.
majlis itu ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas
rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam bidang
ekonomi.
“Matlamat utama majlis ini adalah untuk merancakkan dan merangsang
pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, dan
seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat.
“Majlis ini juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna
tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah.
Ahli majlis terdiri daripada:-
- Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis, Tun Dr Mahathir Mohamad
- Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
- Menteri Kewangan, Lim Guan Eng
- Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking
- Menteri Kerja Raya, Baru Bian
- Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Dr Muhammed Abdul Khalid
- Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz
- Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
- Ahli Penasihat Majlis Kerajaan (CEP), Prof Dr Jomo Kwame Sundaram
- Pengarah Urusan Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek
- Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Dr Hasnita Hashim
- Pengerusi Bursa Malaysia, Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen
- Pengerusi Asean Business Advisory Council Malaysia, Tan Sri Mohd Munir Abdul Majid
- Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Dr Paul Selvaraj
- Peguam, Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah
- Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Masa Depan Malaysia (MASA) Nizam Mahshar
Pejabat Perdana Menteri berkata, sekretariat bagi majlis itu adalah Unit
Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.
Sekiranya kita membuat analisis atau pemerhatian secara amnya, MTE ini
mempunyai banyak kesamaan dan fungsi dengan penubuhan Dasar Ekonomi Baru
(DEB).
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi
di Malaysia
yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1981) oleh Perdana
Menteri Tun Abdul Razak . Matlamat tersurat DEB adalah
untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal
dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
a) Mengurangkan
dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah
peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
b) Mempercepatkan
proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan
ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu
elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur
apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.
Kesimpulannya sesuatu dasar kerajaan yang baik sebenarnya telah wujud pada masa pemerintahan masa lalu, cuma pada hari ini dasar tersebut diperbaharui dan ditambah baik sesuai dengan keadaan dan persekitaran masyarakt Malaysia/sesebuah negara.
Sekiranya anda ada pendapat untuk dikongsikan sila komen dibawah.
Sekian, terima kasih.
Sumber:Malysiakini/Utusan/Wikipedia/
Pengarang sendiri.
Pengarang sendiri.
0 Comments