MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Khasiat Buah Kurma


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang masih mentah. Terdapat pelbagai jenis pokok kurma dan kebanyakannya tumbuh subur di negara-negara Arab. Kajian menunjukkan buah kurma mengandungi kalsium, serotonin, tannin, asid linoleik yang penting dalam mengawal pendarahan.
Selain daripada itu, buah kurma juga mengandungi glukosa yang penting untuk membekalkan tenaga pada badan dan juga penting untuk otot-otot uterus. Kurma juga membekalkan mineral dan vitamin yang berguna pada kesihatan. Kandungan vitamin dalam buah kurma ini bermanfaat untuk membantu membentuk sel-sel darah baru.
Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Dalam kurma juga terdapat hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, lantas boleh mencegah perdarahan rahim.
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. 

Diantara khasiat yang ada pada buah kurma adalah :-
1. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8% hingga 2.0 %

2.  Serat 2.0% hingga 4.0% 

3. Kandungan gulanya 50% hingga 57% glukosa.

4. Makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan

5. Mengandungi kandungan vitamin A dan C yang tinggi 

6. Mengandungi Potasium yang diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf 

7. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

8. apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap oleh tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar 

Kurma lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional. Disunatkan berbuka puasa dengan buah kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih.
Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga.
Berdasarkan pada ayat al-Quran dan hadis, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.
Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut. Hasil kajian Ahli Sains Mesir juga telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Jadi, bagi masyarakat yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan bai buah, kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan rutin mereka, khususnya pada waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian.
Khasiat kurma juga adalah amat sesuai bagi pertumbuhan kanak-kanak. Mudah-mudahan dengan amalan pemakanan buah kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta melaksanakan ibadah kepada Allah SWT dengan lebih baik. – 

Sumber Internet. ..

Post a Comment

0 Comments