Sebelum ini juga telah diterangkan makna dan konsep takaful dalam perniagaan (Takaful /Insuran), diruangan ini dilanjutkan berkenaan kelebihan-kelebihan takaful, sekiranya seseorang/ individu/ agama/ organisasi/ masyarakat dan negara.
Takaful diwujudkan bagi memenuhi keperluan konsep sistem Syariah, konsep syariah merangkumi keseluruhan undang-undang dan peraturan, termasuk dari segi aspek perundangan , perbankkan, politik, perniagaan, keluarga, masyarakat dan negara.
Berikut dikongsikan beberapa kelebihan takaful:-
- Memenuhi tanggungjawab sosial kepada keluarga, masyarakat dan negara
- Memberi bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukannya
- Menggalakkan semangat perpaduan dan saling tolong menolong diantara satu sama yang lain
- Menegakkan syiar islam dalam konsep perniagaan
- Menyahut konsep "Amar mahruf nahi mungkar" ia itu membawa kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
- Melaksanakan perintah Allah swt dan sebagai ibadah kepada-Nya
- Memajukan ekonomi berkonsepkan syariah
- Sumbangan berbentuk kewangan dilaburkan di tempat-tempat patuh syariah.
- Konsep yang tidak menindas dan menguntungkan kedua-dua pihak (peserta dan pengendali takaful)
Dapat disimpulkan disini bahawa konsep takaful adalah konsep yang terbaik dan telah mencorak ekonomi, perniagaan, perundangan serta diterima pakai oleh masyarakat dunia.
Sumber : Nota takaful dan penulis sendiri
0 Comments