MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kelebihan Takaful

Sebelum ini juga telah diterangkan makna dan konsep takaful dalam perniagaan (Takaful /Insuran), diruangan ini dilanjutkan berkenaan kelebihan-kelebihan takaful, sekiranya seseorang/ individu/ agama/ organisasi/ masyarakat dan negara.

Takaful diwujudkan bagi memenuhi keperluan konsep sistem Syariah, konsep syariah merangkumi keseluruhan undang-undang dan peraturan, termasuk dari segi aspek perundangan , perbankkan,  politik, perniagaan, keluarga,  masyarakat dan negara.

Berikut dikongsikan beberapa kelebihan takaful:-


  1. Memenuhi tanggungjawab sosial kepada keluarga, masyarakat dan negara
  2. Memberi bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukannya
  3. Menggalakkan semangat perpaduan dan saling tolong menolong diantara satu sama yang lain 
  4. Menegakkan syiar islam dalam konsep perniagaan 
  5. Menyahut konsep "Amar mahruf nahi mungkar" ia itu membawa kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
  6. Melaksanakan perintah Allah swt dan sebagai ibadah kepada-Nya
  7. Memajukan ekonomi berkonsepkan syariah 
  8. Sumbangan berbentuk kewangan dilaburkan di tempat-tempat patuh syariah.
  9. Konsep yang tidak menindas dan menguntungkan kedua-dua pihak (peserta dan pengendali takaful) 

Dapat disimpulkan disini bahawa konsep takaful adalah konsep yang terbaik dan telah mencorak ekonomi, perniagaan, perundangan serta diterima pakai oleh masyarakat dunia.

Sumber : Nota takaful dan penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments