Firman Allah yang bermaksud: Dialah yang menjadikan matahari
bersinar-sinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan tempat-tempat
peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan
kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan hak. Allah
menjelaskan tanda-tanda kebesaran-Nya bagi kaum yang mahu mengetahui.
(Yunus: 5)
Ayat diatas ada kaitan dengan ilmu
falak
Ilmu Falak ialah Ilmu yang mengkaji
asal-usul, pergerakan dan sifat objek samawi serta alam semesta.
Imam al-Qazwini ialah ulama terkenal dalam
ilmu falak di dunia Islam hingga ke alam Melayu. Antara karya beliau yang masyhur
termasuk Aja’ibul Makhluqat Wa Ghara‘ibul Maujudat yang bermaksud Keajaiban
Segala Makhluk dan Keunikan Segala Yang Wujud.
Ulama terkenal Pulau Pinang, Allahyarham
Abdullah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Abdullah Fahim
antara pakar dalam bidang falak. Antara sumbangan besar beliau adalah memilih
tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh keramat kemerdekaan negara Malaysia. Menurutnya, 31
Ogos 1957 dalam bahasa Arab adalah ‘Am Khir Atana’ yang bermaksud ‘tahun baik
datang kepada kita’.
Apa yang
menarik Bulan Purnama kali ini ( 19 Feb 2019 | 15 Jamadilakhir 1440 | bermula
waktu maghrib ??
1. Bulan
Penuh paling besar dan dekat untuk tahun 2019 ini.
2. Disebut
Bulan Penuh Perigee, atau atau diistilahkan oleh orang awam sebagai supermoon.
3. saiz dan
kecerahan bulan ini kelihatan sedikit besar dan sedikit cerah berbanding biasa.
4. kedudukan
Bulan Penuh Perigee berhampiran dengan bintang Regulus.
5. Perkataan
Perigee itu merujuk kepada titik di dalam orbit di mana Bulan akan berada
paling hampir dengan Bumi.
6. Waktunya
pada malam ini ialah pada jam 11:53 malam memasuki fasa bulan purnama dan pada jam
5:07 petang ketika itu Bulan berada pada poin paling dekat dengan Bumi
(perigee).
7. Jarak
Bulan ketika ini ialah 356,761 km daripada pusat Bumi.
Disedikan
oleh ;
Bahagian Falak,
Pejabat Mufti Negeri Sabah.
0 Comments