MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Indeks Harga Pengguna (IHP) Januari 2019



Indeks Harga Pengguna (IHP) kumpulan utama Makanan dan Minuman Bukan Alkohol bagi Januari 2019 meningkat satu peratus berbanding bulan sama tahun lalu walaupun keseluruhan IHP mencatatkan penurunan untuk tempoh yang sama.

Jabatan Statistik Negara berkata, antara kumpulan utama lain yang mencatatkan peningkatan ialah perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain sebanyak dua peratus; restoran dan hotel (1.2 peratus); minuman alkohol dan tembakau (1.1 peratus) serta pendidikan (0.9 peratus).

IHP keseluruhan mencatatkan penurunan sebanyak 0.7 peratus bagi Januari 2019 kepada 120.5 berbanding 121.3 pada bulan yang sama tahun lepas.

Penurunan indeks kumpulan pengangkutan (sebanyak) 7.8 peratus yang menyumbang 14.6 peratus daripada keseluruhan wajaran telah diimbangi dengan peningkatan indeks kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (dua peratus) dan makanan dan minuman bukan alkohol (satu peratus),” kata jabatan itu dalam kenyataan melalui akaun Facebook rasminya, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, purata harga petrol RON95 yang lebih rendah pada Januari 2019 iaitu RM1.98 per liter berbanding RM2.28 (per liter) pada Januari 2018 telah menyumbang kepada perubahan negatif indeks Pengangkutan dan indeks keseluruhan. 

Sumber : UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments