Musibah atau bencana alam yang melanda sesebuah negara/negeri/kumpulan/individu mempunyai maksud yang tersirat dan hikmah disebalik kejadian tersebut.
Sebagai contoh ribut taufan yang melanda Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, negara-negara lain dan banjir di Malaysia sesetengah negeri serta baru-baru ini banjir di Australia adalah sebagai iktibar akan kekuasaan dan tanzir dari Allah swt disebalik keindahan alam ciptaan-Nya. Kejadian tersebut telah disusun atur oleh Allah swt dikenali dengan sunnatullah ia itu sunnah Allah dalam penciptaan alam semesta (langit dan bumi).
Terkait dengan tragedi musibah dan bencana alam, sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran yang waras sepatutnya mengambil pengajaran, iktibar dan menerokai hikmah disebalik kejadian tersebut.
Dalam sebuah hadis, Ibnu Umar r.a berkata :
"Berhadap Rasulullah saw kepada kami, kemudian baginda bersabda:"Wahai kaum Muhajirin, ada lima perkara kalau kamu telah ditimpakan dengannya (kamu mengerjakannya) maka tiada lagi kebaikan bagi kamu dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu. Lima perkara itu ialah:-
- Tiada nyata perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terangan melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa satu penyakit iaitu penyakit taun yang cepat merebak dikalangan mereka dan mereka akan ditimpa pelbagai penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu.
- Tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan ditimpakan bala dengan kemarau dan susah mencari rezeki serta kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka (akan berleluasa).
- Tiada menahan mereka akan membayar zakat harta kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau bukan kerana binatang-binatang sudah tentu Allah swt tidak akan menurunkan sama sekali hujan kepada mereka.
- Tiada mereka mungkir akan janji Allah swt dan Rasul -Nya kecuali Allah swt akan menjadikan musuh mereka sebagai pemimpin,. Maka musuh (pemimpin) itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada ditangan mereka.
- Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak menegakkan hukum Allah swt yang jelas dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah swt akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri".
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Setiap yang berlaku merupakan ujian dan dugaan kepada mahkluk terutamanya manusia, namun bukanlah sebagai hukuman daripada Allah swt kerana disebalik apa yang berlaku ada hikmah dan pengajaran yang tersirat bagi mereka yang mahu berfikir kebesaran Allah swt.
Pengajaran dan hikmah sekiranya diperhalusi dengan akal berlandaskan keimanan kepada Allah swt nescaya mendapat kesedaran dan petunjuk untuk mengabdikan diri serta mentaati perintah dan meninggalkan larangan- Nya.
Sekian, Wallahu a'klam
Sumber : Buku Agama Islam dan penulis sendiri.
Sumber : Buku Agama Islam dan penulis sendiri.
0 Comments