MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Harga Mitsubishi Triton Baharu 2019




Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan model trak pikap, Triton baharu berharga antara RM100,200 hingga RM135,200 sebuah tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, Triton baharu ditawarkan dalam lima varian iaitu:

VARIAN
HARGA
Triton MT
RM100,200
Triton AT
RM105,990
Triton MT Premium
RM112,500
Triton AT Premium
RM118,600
Triton Adventure X
RM135,200

Triton baharu dikuasakan enjin turbo diesel MVEC 2.4 liter dengan blok aluminium yang menjana kuasa sebanyak 181 PS dan daya kilas 430Nm.

Jentera berkuasa ini menggunakan transmisi automatik enam kelajuan yang diberi penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan dan fleksibiliti pemanduan di samping memberi pertukaran gear yang lebih lancar. Triton baharu dilengkapi sistem Super-Select 4WD II Mitsubishi Motor untuk memberikan cengkaman optimum pada semua permukaan.

Dari aspek keselamatan, Triton baharu mempunyai kerangka jenis ladder/kulit yang memiliki tahap keteguhan yang tinggi. Triton baharu disokong sistem keselamatan aktif termasuk Foward Collision Mitigation (FCM), Amaran Titik Buta (BSW), Bantuan Pertukaran Lorong (LCA), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan sistem Ultrasonic Misacceleration Mitigation (UMS),” katanya dalam majlis pelancaram Triton baharu di sini hari ini.

Triton baharu adalah model siap pasang sepenuhnya (CBU) dari hab pengeluaran global Mitsubishi di Thailand. Triton didatangkan dengan lima tahun jaminan atau had perbatuan 200,000 kilometer.

Sumber : UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments