Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
melancarkan model trak pikap, Triton baharu berharga antara RM100,200 hingga
RM135,200 sebuah tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif MMM,
Tomoyuki Shinnishi berkata, Triton baharu ditawarkan dalam lima varian iaitu:
VARIAN
|
HARGA
|
Triton MT
|
RM100,200
|
Triton AT
|
RM105,990
|
Triton MT Premium
|
RM112,500
|
Triton AT Premium
|
RM118,600
|
Triton Adventure X
|
RM135,200
|
Triton baharu dikuasakan enjin
turbo diesel MVEC 2.4 liter dengan blok aluminium yang menjana kuasa sebanyak
181 PS dan daya kilas 430Nm.
Jentera berkuasa ini menggunakan
transmisi automatik enam kelajuan yang diberi penambahbaikan bagi meningkatkan
kecekapan dan fleksibiliti pemanduan di samping memberi pertukaran gear yang
lebih lancar. Triton baharu dilengkapi sistem Super-Select 4WD II Mitsubishi
Motor untuk memberikan cengkaman optimum pada semua permukaan.
Dari aspek keselamatan, Triton
baharu mempunyai kerangka jenis ladder/kulit
yang memiliki tahap keteguhan yang tinggi. Triton baharu disokong sistem
keselamatan aktif termasuk Foward
Collision Mitigation (FCM), Amaran Titik Buta (BSW), Bantuan Pertukaran Lorong
(LCA), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan sistem Ultrasonic Misacceleration Mitigation (UMS),” katanya dalam
majlis pelancaram Triton baharu di sini hari ini.
Triton baharu adalah model siap
pasang sepenuhnya (CBU) dari hab pengeluaran global Mitsubishi di Thailand.
Triton didatangkan dengan lima tahun jaminan atau had perbatuan 200,000
kilometer.
Sumber : UTUSAN ONLINE
0 Comments