MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Harga Minyak Petrol/Diesel 23 Feb - 29 Feb 2019


Harga jualan runcit petrol RON95 dan RON97 meningkat 10 sen mulai tengah malam ini untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu.


Menurut kenyataan Kementerian Kewangan peningkatan itu menjadikan harga runcit RON95 RM2.08 seliter berbanding RM1.98 seliter.


RON97 pula - yang berada pada paras RM 2.25 seliter pada mulai Jumaat lalu - akan dijual pada harga RM2.38 seliter.


Bagaimanapun harga runcit bagi diesel kekal RM2.18 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses (refined product) di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya
.

Katanya sebelum ini harga komoditi itu ialah AS$63.11 setong sebelum meningkat kepada AS$66.91 setong.


Bagi produk diesel, kata kenyataan dikeluarkan itu, kos purata produk diproses turut meningkat secara ketara iaitu daripada AS$74.38 setong kepada AS$79.11 setong.


Sepatutnya harga runcit diesel adalah sebanyak RM2.33 seliter. Namun selaras dengan janji kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel sekiranya harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada paras yang ditetapkan - iaitu RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel - maka harga runcit diesel bagi tempoh 23 Februari 2019 sehingga 1 Mac 2019 terus dikekalkan pada paras RM2.18 seliter," katanya.

Sumber : Malaysiakini

  TARIKH/TAHUN
DIESEL / LITER
RON 95/LITER
RON97/LITER
01 JAN 2019 – 04 JAN 2019
RM 2.18
RM 2.20
RM 2.50
05 JAN 2019 – 11 JAN 2019
RM 2.04
RM 1.93
RM 2.50
12 JAN 2019 – 18 JAN 2019
RM 2.05
RM 1.92
RM 2.22
19 JAN 2019 - 25 JAN 2019
RM 2.17
RM 1.98
RM 2.28
26 JAN 2019 – 01 FEB 2019
RM 2.18
RM 1.98
RM 2.28
02 FEB 2019 – 08 JAN 2019
RM 2.18
RM 1.93
RM 2.23
09 FEB 2019 - 15 FEB 2019
RM 2.18
RM1.97
RM2.27
16 FEB 2019 - 22 FEB 2019
RM 2.18
RM1.98
RM2.28
23 FEB 2019 - 01 MAC 2019
RM 2.18
RM 2.08
RM2.38
 

TARIKH
DIESEL
Perbezaan
RON 95
Perbezaan
RON97
Perbezaan
TAHUN
LITER
Harga
LITER
Harga
LITER
Harga
01 JAN 2019 – 04 JAN 2019
RM2.18

RM2.20

RM2.50

05 JAN 2019 – 11 JAN 2019
RM2.04
RM0.14
RM1.93
RM0.27
RM2.50
RM0.00
12 JAN 2019 – 18 JAN 2019
RM2.05
(RM0.01)
RM1.92
RM0.01
RM2.22
RM0.28
19 JAN 2019 - 25 JAN 2019
RM2.17
(RM0.12)
RM1.98
(RM0.06)
RM2.28
(RM0.06)
26 JAN 2019 – 01 FEB 2019
RM2.18
(RM0.01)
RM1.98
RM0.00
RM2.28
RM0.00
02 FEB 2019 – 08 FEB 2019
RM2.18
RM0.00
RM1.93
RM0.05
RM2.23
RM0.05
09 FEB 2019 - 15 FEB 2019
RM2.18
RM0.00
RM1.97
(RM0.04)
RM2.27
(RM0.04)
16 FEB 2019 - 22 FEB 2019
RM2.18
RM0.00
RM1.98
(RM0.01)
RM2.28
(RM0.01)
23 FEB 2019 - 29 FEB 2019
RM2.18
RM0.00
RM2.08
(RM0.10)
RM2.38
(RM0.10)

Petunjuk;

(  ) Harga Naik

Tarikh kemaskini : 22.02.2019

Perubahan harga berkuatkuasa pads 12.01 tengah malam





Post a Comment

0 Comments