Setiap makhluk diantarnya manusia yang diciptakan oleh Allah swt memerlukan makanan untuk menghasilkan tenaga dalam diri mereka bagi meneruskan kehidupan harian.
Sekiranya adab dan akhlak ataupun tingkah laku sebelum, semasa dan selepas makan dijaga pasti Allah swt memberikan pahala terhadap perbuataan yang dilakukan.
Berikut dikongsikan nasihat berkenaan hadis berkaitan adab sebelum , semasa dan selepas makan:-
Dari Abu Hurairah r.a, berkata : Rasulullah saw tidak pernah mencela makanan, sekiranya beliau suka, beliau akan memakannya dan sekiranya beliau tidak suka, beliau akan membiarkannya (tanpa mencela) (Hadis Riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, katanya : Rasulullah saw bersabda : Makanan dua orang cukup untuk tiga orang, makanan tiga orang cukup untuk empat orang (Hadis Riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a , berkata: Ada seorang lelaki yang biasa makan dengan banyak, setelah dia memeluk Islam, dia hanya makan sedikit, perkara itu diceritakan kepada Rasulullah saw lalu baginda bersabda" orang yang beriman makan untuk satu perut, manakala orang yang kafir makan untuk tujuh perut". (Hadis Riwayat Bukhari)
Dari Umar bin Abu Salamah r.a katanya : Sewaktu aku masih kecil dan berada dalam jagaan Rasulullah saw tanganku sering bergerak bebas dari satu piring ke satu piring yang lain ketika makan. Rasulullah saw berkata kepadaku : "Wahai anak muda, bacalah " Bismillah " dan makanlah menggunakan tangan kanan serta ambillah makanan yang berhampiran denganmu sahaja " (Hadis Riwayat Bukhari)
Dari Ibnu Umar r.a katanya : Rasulullah saw bersabda :" Apabila kamu makan dan minum, makan dan minumlah dengan tangan kanan, hanya syaitan yang makan dan minum dengan tangan Kiri ". (Hadis Riwayat Muslim)
Sumber : Buku Agama Islam
1 Comments
hadis yang straight forward. Very good
ReplyDelete