MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Faktor Penentu Harga Insuran Kenderaan


Berikut dikongsikan faktor-faktor yang mempengaruhi harga takaful (konsep islamik) kenderaan atau insuran kenderaan (konsep konvisional) :-

1. Market Value /Nilai Harga Pasaran Kenderaan 

Kebiasannya kenderaan yang mempunyai nilai harga pasaran yang tinggi maka insuran kenderaan tersebut pastinya mahal sebagai contoh kenderaan Triton harga pasaran di Malaysia diantara RM 100,000 keatas berbanding dengan Perodua Myvi harga pasaran RM 42,000 keatas bergantung kepada varian kedua - dua kenderaan diatas. Pastinya harga insuran kenderaan Triton lagi mahal berbanding kenderaan Perodua Myvi.

2. Umur Kenderaan 

Semakin berumur kenderaan tersebut,  semakin murah insurannya,  umur kenderaan juga dikaitkan dengan nilai harga pasaran kenderaan tersebut. Kenderaan yang berumur 10 tahun keatas mempunyai insuran yang lebih murah berbanding kenderaan berumur 10 tahun kebawah.

3. Plan Perlindungan kenderaan 

Sudah pasti plan perlindungan comprehensive /first party adalah lebih mahal berbanding plan perlindungan third party fire & thief atau third party.

Plan perlindungan asas comprehensive ( pemilik kenderaan/pemandu, Penumpang & kenderaan)  sekiranya pemilik kenderaan bercadang untuk menambah perlindungan keatas kenderaan tersebut sebagai contoh perlindungan banjir/gempa bumi/atau sebaginya maka insuran kenderaan tersebut akan menjadi mahal lagi.

Plan perlindungan third party fire & thief hanya melindungi kenderaan tersebut dari kecurian dan kebakaran,  dan penumpang (nilai tambah dan dikenakan bayaran).

Plan third party tiada perlindumgan diberikan terhadap kenderaan tersebut,  hanya melindungi penumpang (nilai tambah dikenakan bayaran) , kebiasannya pemilik kenderaan yang mengambil plan third party hanya mahu menghidupkan cukai jalan sahaja bagi membolehkan kenderaan tersebut bergerak diatas jalan raya.

4. Non Claim Discount (NCD)  

NCD  kenderaan adalah satu insentif yang diberikan oleh kerajaan,  % NCD setiap tahun akan meningkat bermula dari nilai 0% sehingga maksimum 55%. NCD akan menjadi 0% sekiranya pemilik kenderaan menuntut insuran sekiranya berlaku kemalangan. NCD boleh dipindah kepada kenderaan lain, kerana pemberian/hak milik NCD dipunyai oleh individu bukannya kenderaan.

Sumber : Penulis sendiri daripada pengalaman sebagai Ejen Takaful Am / Insuran Am

Post a Comment

0 Comments