MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Faktor Mempengaruhi Inflasi



 
Inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Kadar inflasi atau dikenali juga sebagai indeks harga pengguna (IHP) ditentukan setiap tahun dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) khasnya untuk negara Malaysia sahaja.

1.kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM)

Dikenali juga dengan nama Overnight Policy Rate (OPR) sebagai penanda aras rujukan pinjaman bank-bank tempatan (Malaysia), kadar OPR ditentukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara bagi tujuan mengembalikan dasar monetari ke paras yang wajar dan mengelakkan risiko kadar faedah ditahap yang rendah pada jangka masa yang lama. Kali terakhir kadar OPR di Malaysia disemak pada Julai 2014 dan BNM telah membuat penguguman melalui laman sesawangnya pada 24.01.2019 mengekalkan kadar OPR pada paras 3.25%. Untuk makluman Kadar terendah OPR yang pernah direkodkan di Malaysia ialah 2% pada tahun 2009. Manakala kadar OPR yang tertinggi ialah 8.25% semasa kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1998.

2. Kos Pengangkutan  
       
Kos pengangkutan boleh dilihat pada harga minyak (RON 95 & RON 97), sekiranya kos pengangkutan meningkat % kadar inflasi juga meningkat, sekiranya kos pengangkutan menurun % kadar inflasi juga menurun. Peningkatan harga minyak didorong oleh pemulihan harga minyak dunia yang telah memberi kesan kepada kumpulan pengangkutan. Di Malaysia Harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), berdasarkan harga minyak mentah Brent digunapakai oleh dunia. 

3. Inflasi makanan  dan  minuman  bukan  alkohol

Harga makanan dan minuman bukan alkohol juga mempengaruhi kadar inflasi sekiranya harga makanan dan minuman bukan alkohol meningkat maka % kadar inflasi akan meningkat dipengaruhi oleh kos makan luar, daging, ikan dan makanan laut serta buah-buahan yang lebih tinggi menyebabkan kadar inflasi meningkat seperti baru-baru ini Februari 2019 (+1.0 peratus). Kenaikan harga lazimnya terjadi sewaktu perayaan pada bulan Februari adalah perayaan Tahun Baharu Cina.

4.Ekonomi

Faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam kadar inflasi, ekonomi berkembang pesat dan sihat dengan permintaan domestik yang stabil membantu mengurangkan risiko deflasi pada masa depan. 

5. Nilai Wang (Ringgit) bagi Negara Malaysia

Faktor nilai ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kesan asas yang tinggi turut memberi tekanan terhadap indeks harga secara keseluruhan. Nilai mata wang yang kukuh dapat mengelak/berdaya tahan dari penagaruh inflasi, seperti mana pada zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1998. Dasar Beli Lah Barangan Malaysia, Cuti-Cuti Malaysia dan seumpamanya membantu dalam pengukuhan ringgit.

penurunan indeks harga pengguna (IHP) bukan disebabkan kelemahan permintaan atau pertumbuhan ekonomi sebaliknya dipengaruhi oleh faktor-faktor  bekalan dalam bentuk harga input yang lebih murah iaitu faktor utama pengurangan harga minyak petrol dan minyak lain.

Secara menyeluruh faktor-faktor diatas yang mempengaruhi Kadar inflasi atau dikenali juga sebagai indeks harga pengguna (IHP), hanyalah sebahagian darinya tetapi penulis merasakan banyak lagi faktor – faktor yang mempengaruhi kadar inflasi seperti social, politik, budaya, dasar sesebuah kerajaan dan seumpamanya.

Sumber: Utusan Melayu, Berita Harian, Malaysia Kini, Bank Negara Malaysia dan penulis sendiri.

Post a Comment

1 Comments

  1. Sumber yang jelas setiap bulan Indeks Harga Pengguna (IHP) dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

    ReplyDelete