Inflasi bermaksud suatu kenaikan
dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari
semasa ke semasa. Kadar inflasi atau dikenali juga sebagai indeks harga
pengguna (IHP) ditentukan setiap tahun dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
khasnya untuk negara Malaysia sahaja.
1.kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM)
Dikenali juga dengan nama Overnight Policy Rate (OPR) sebagai penanda
aras rujukan pinjaman bank-bank tempatan (Malaysia), kadar OPR ditentukan oleh Mesyuarat
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara bagi tujuan mengembalikan dasar
monetari ke paras yang wajar dan mengelakkan risiko kadar faedah ditahap yang
rendah pada jangka masa yang lama. Kali terakhir kadar OPR di Malaysia disemak
pada Julai 2014 dan BNM telah membuat penguguman melalui laman sesawangnya pada
24.01.2019 mengekalkan kadar OPR pada paras 3.25%. Untuk makluman Kadar
terendah OPR yang pernah direkodkan di Malaysia ialah 2% pada tahun 2009.
Manakala kadar OPR yang tertinggi ialah 8.25% semasa kemelesetan ekonomi dunia
pada tahun 1998.
2. Kos Pengangkutan
Kos pengangkutan boleh dilihat
pada harga minyak (RON 95 & RON 97), sekiranya kos pengangkutan meningkat %
kadar inflasi juga meningkat, sekiranya kos pengangkutan menurun % kadar
inflasi juga menurun. Peningkatan harga minyak didorong oleh pemulihan harga
minyak dunia yang telah memberi kesan kepada kumpulan pengangkutan. Di Malaysia
Harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu
mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), berdasarkan harga minyak mentah
Brent digunapakai oleh dunia.
3. Inflasi makanan dan minuman
bukan alkohol
Harga makanan dan minuman bukan
alkohol juga mempengaruhi kadar inflasi sekiranya harga makanan dan minuman
bukan alkohol meningkat maka % kadar inflasi akan meningkat dipengaruhi oleh
kos makan luar, daging, ikan dan makanan laut serta buah-buahan yang lebih
tinggi menyebabkan kadar inflasi meningkat seperti baru-baru ini Februari 2019 (+1.0
peratus). Kenaikan harga lazimnya terjadi sewaktu perayaan pada bulan Februari
adalah perayaan Tahun Baharu Cina.
4.Ekonomi
Faktor ekonomi memainkan peranan
penting dalam kadar inflasi, ekonomi berkembang pesat dan sihat dengan
permintaan domestik yang stabil membantu mengurangkan risiko deflasi pada masa depan.
5. Nilai Wang (Ringgit) bagi Negara Malaysia
Faktor nilai ringgit yang lebih
kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kesan asas yang tinggi turut
memberi tekanan terhadap indeks harga secara keseluruhan. Nilai mata wang yang
kukuh dapat mengelak/berdaya tahan dari penagaruh inflasi, seperti mana pada
zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1998. Dasar Beli Lah Barangan Malaysia,
Cuti-Cuti Malaysia dan seumpamanya membantu dalam pengukuhan ringgit.
penurunan indeks harga pengguna
(IHP) bukan disebabkan kelemahan permintaan atau pertumbuhan ekonomi sebaliknya
dipengaruhi oleh faktor-faktor bekalan
dalam bentuk harga input yang lebih murah iaitu faktor utama pengurangan harga
minyak petrol dan minyak lain.
Secara menyeluruh faktor-faktor
diatas yang mempengaruhi Kadar inflasi atau dikenali juga sebagai indeks harga
pengguna (IHP), hanyalah sebahagian darinya tetapi penulis merasakan banyak
lagi faktor – faktor yang mempengaruhi kadar inflasi seperti social, politik,
budaya, dasar sesebuah kerajaan dan seumpamanya.
Sumber: Utusan Melayu, Berita
Harian, Malaysia Kini, Bank Negara Malaysia dan penulis sendiri.
1 Comments
Sumber yang jelas setiap bulan Indeks Harga Pengguna (IHP) dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
ReplyDelete