1. Perang
dagangan Amerika Syarikat (AS) dan China
Presiden AS
Donald Trump menandatangani memorandum presiden yang akan mengenakan tarif
sehingga US$60 bilion ke atas import dari China dan mengenakan tarif sebanyak
10 peratus ke atas produk China bernilai AS$200 bilion.
Memberi kesan
kepada pasaran saham Asia dengan petunjuk pasaran Bursa Malaysia FTSE Bursa
Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka 11.26 mata lebih rendah kepada 1,853.96
daripada 1,865.22 semasa ditutup pada Jumaat ketika itu.
2. Kejatuhan
harga minyak mentah
Penetapan harga runcit produk petroleum
dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam Sabtu, 5 Januari 2019.
Seterusnya, harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan
semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula
Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak
di pasaran dunia pada ketika ini
kaedah mingguan itu yang menurunkan harga runcit
produk petroleum apabila harga minyak dunia turun dan mengehadkan pada RM2.20
bagi RON95 dan RM2.18 untuk diesel apabila harga minyak dunia naik
3. Proses
Brexit
Brexit menjejaskan pelabur, ekuiti dan tukaran mata
wang asing
Nilai tukaran di antara ringgit dan pound juga
dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran terhadap kedua - dua mata wang.
Permintaan dan penawaran kedua - dua mata wang tersebut pula dipengaruhi
terutamanya oleh aktiviti perdagangan dua hala antara kedua-dua negara. Namun,
perdagangan di antara UK dan Malaysia dijangka tidak dipengaruhi oleh Brexit
melalui lain-lain faktor berkaitan dengan perdagangan seperti tarif dan
sebagainya. Ianya mungkin terpengaruh
oleh perubahan nilai tukaran ringgit-pound, tetapi seperti yang dijelaskan di
atas ianya bersifat sementara.
4. Peningkatan
kadar faedah
5. Pilihan raya
pertengahan penggal AS telah mewujudkan ketidakpastian pasaran.
6. Pilihan Raya
Umum Ke-14 (PRU-14) tahun lalu juga mengakibatkan ketidakpastian dalam pasaran
selepas pertukaran kerajaan.
Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd, Malaysia kini, Artikel dan pemerhatian pengarang sendiri.
0 Comments