MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Faktor mempengaruhi Ekonomi Dunia 2018 & 2019 dan kesannya terhadap Malaysia



1. Perang dagangan Amerika Syarikat (AS) dan China

Presiden AS Donald Trump menandatangani memorandum presiden yang akan mengenakan tarif sehingga US$60 bilion ke atas import dari China dan mengenakan tarif sebanyak 10 peratus ke atas produk China bernilai AS$200 bilion.

Memberi kesan kepada pasaran saham Asia dengan petunjuk pasaran Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka 11.26 mata lebih rendah kepada 1,853.96 daripada 1,865.22 semasa ditutup pada Jumaat ketika itu.

2. Kejatuhan harga minyak mentah

Penetapan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam Sabtu, 5 Januari 2019.

Seterusnya, harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini

kaedah mingguan itu yang menurunkan harga runcit produk petroleum apabila harga minyak dunia turun dan mengehadkan pada RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 untuk diesel apabila harga minyak dunia naik

3. Proses Brexit

Brexit menjejaskan pelabur, ekuiti dan tukaran mata wang asing

Nilai tukaran di antara ringgit dan pound juga dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran terhadap kedua - dua mata wang. Permintaan dan penawaran kedua - dua mata wang tersebut pula dipengaruhi terutamanya oleh aktiviti perdagangan dua hala antara kedua-dua negara. Namun, perdagangan di antara UK dan Malaysia dijangka tidak dipengaruhi oleh Brexit melalui lain-lain faktor berkaitan dengan perdagangan seperti tarif dan sebagainya.  Ianya mungkin terpengaruh oleh perubahan nilai tukaran ringgit-pound, tetapi seperti yang dijelaskan di atas ianya bersifat sementara. 

4. Peningkatan kadar faedah 

Peningkatan kadar faedah oleh Federal Reserve (FED) memberi kesan kepada peningkatan kadar faedah sektor swasta dari pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan dan pinjaman perniagaan sebagai contoh pinjaman melalui agensi perbankkan, hal ini memberi kesan kepada hutang negara akan meningkatkan kos pembiayaan.

5. Pilihan raya pertengahan penggal AS telah mewujudkan ketidakpastian pasaran. 


6. Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tahun lalu juga mengakibatkan ketidakpastian dalam pasaran selepas pertukaran kerajaan. 

Pelaburan langsung asing (FDI), semasa pilihan raya ke 14 menyebabkan pelabur mengambil langkah berjaga-jaga untuk melabur di Malaysia.Malaysia juga terkesan oleh iklim ekonomi global seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pendapatan pelaburan KWSP tahun lalu menurun sebanyak 4.3 peratus kepada RM50.88 bilion.Situasi ekonomi dunia ini juga dirasai oleh organisasi dana persaraan lain seluruh dunia termasuk Jepun, Kanada, AS dan United Kingdom yang turut merekodkan kerugian tahun lalu. 

Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd, Malaysia kini, Artikel dan pemerhatian pengarang sendiri.



Post a Comment

0 Comments