MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Buah Tin



Di Asia Barat dan Asia Timur buah Tin juga dikenali sebagai panggilan nama buah fig atau buah Ara.

Buah tin merupakan buah yang sangat istimewa kerana merupakan buah yang disebut di dalam Al-Quran di dalam surah At-Tin ayat pertama yang berbunyi “Demi buah tin dan zaitun”. Nama buah tin juga tersemat di dalam satu hadis Rasullah saw yang berbunyi “ jika aku mengatakan ada buah yang turun dari syurga maka inilah buahnya (Tin)”.

Buah tin terkenal sebagai buah yang memiliki kandungan nutrisi yang lengkap, baik dari segi mineral dan juga vitamin sehingga ada yang melabelkannya sebagai super nutrition.

Penanaman pokok tin tidak memerlukan ruang dan kawasan yang luas,  ianya boleh ditanam di halaman rumah dan di dalam pasu bunga. Hari ini penanaman buah tin mendapat sambutan ramai oleh masyarakat disebabkan faktor komersial dan hobi yang membawa kepada pendapatan sampingan yang lumayan terutamanya di Malaysia.

Pokok tin/figs/ara juga sangat sesuai di tanam di Malaysia memandangkan Malaysia beriklim Tropika Khatulistiwa dan suhu yang sesuai serta banyak menerima cahaya matahari faktor kepada penanaman pokok tin mudah diusahakan.

Cara penanaman pokok tin ini Nampak mudah tetapi memerlukan penyelenggaraan dan penjagaan yang betul kerana pokok tin ini adalah sensitif dan perlu diberi perhatian yang secukupnya sehingga menghasilkan buah.

Penyediaan anak benih atau anak pokok

Sebiji buah tin kering digunakan, dipotong dan keluarkan biji di dalamnya. Rendam biji tin semalaman. Keesokan harinya, ambil biji benih yang tenggelam sahaja dan taburkan ke atas media campuran tanah, pasir dan sedikit kompos. Siram agar media sedikit lembap. Letakkan di tempat yang agak teduh dan tidak ditimpa hujan. Dalam 5 hingga 6 minggu, benih akan tumbuh. Pilih anak-anak benih yang paling besar dan cergas pertumbuhannya. Tanam di atas tanah atau dalam pasu dan jaga dengan baik.

 Kelebihan menanam dari biji benih ini adalah pokok akan mengeluarkan akar tunjang. Pokok yang mempunyai akar tunjang ini dapat bertahan dari tumbang apabila menjadi semakin besar. Pokok dari biji benih juga sesuai dijadikan pokok penanti.

Kaedah Tanaman

Menanam di dalam pasu mahupun polibeg besar adalah kaedah yang paling digalakkan. Tidak sesuai jika menggunakan pasu atau polibeg kecil kerana akar pokok akan penuh dalam masa yang singkat dan pertumbuhan akan terbantut selepas satu tahun jika ia tidak mempunyai ruang yang cukup. Pada lantai pasu atau polibeg masukkan batu-batu kecil bagi memastikan tanah tidak terkeluar bersama air siraman. Pokok tin tidak sesuai berada di dalam keadaan air bertakung. Keadaan itu akan mengakibatkan akarnya akan terganggu dan pertumbuhan pokok terbantut.

Penyediaan tanah
Untuk mendapatkan saliran yang baik buat campuran media seperti berikut:
•    5 bahagian pasir kasar
•    4 bahagian tanah merah
•    1/2 bahagian kompos
•    sedikit kapur pertanian
•    sedikit baja npk 15:15:15 (beli di nurseri)

Gaul campuran di atas bagi sebati dan isikan sebahagian pasu sahaja. Pastikan tanah di dalam polibeg berada bawah sedikit daripada bibir pasu. Sekiranya campuran tanah tidak cukup, tambahkan sedikit tanah bertujuan untuk memastikan pokok ditanam pada paras 3 cm dari bibir pasu.

Menanam Keratan Pokok

Tanamkan anak pokok di dalam pasu pada paras 3 cm dari bibir pasu. Isikan campuran tanah di sekeliling polibeg sehingga mencapai separuh ketinggian polibeg. Ingat anda perlu berhati-hati semasa meletakkan tanah agar akar pokok tin tidak terjejas. Anak pokok yang siap ditanam di dalam pasu boleh disiram sehingga tanah mulai basah. Jika air turun dengan baik, bermakna campuran tanah tadi adalah baik untuk pokok tin. Ini Siram sehari sekali tanpa membasahkan daunnya. Tempatkan pasu di tempat yang mendapat banyak cahaya matahari dan elakkan daripada hujan yang berterusan.

Pembajaan

Gunakan baja cecair untuk mengelakkan akar anak pokok rosak dan mati serta daun terbakar kerana kepanasan jika menggunakan baja biji. Jika anda memilih untuk  menggunakan baja biji, pastikan ia diberi pada kadar yang betul . Pembajaan yang sesuai adalah seminggu sekali. Pada peringkat ini pokok sudah matang dan sedia berbunga dan menghasilkan buah. Baja yang disyorkan adalah yang mengandungi kandungan K yang tinggi. 

Diantara khasiat buah tin adalah :-

1. vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan klorin.

2. Mempunyai kandungan serat yang tinggi membantu dalam mengurangkan berat badan dan mengelakkan sembelit dan cirit -birit.  

3. Buah tin mengandungi pektin, iaitu sejenis serat boleh larut. Ia membantu membuang kolesterol berlebihan dari dalam badan.

4. Boleh merawat kanser dan melindungi diri dari serangan kanser payudara.

5. Buah tin yang dikeringkan mengandungi phenol, omega 3, dan omega 6. Asid-asid lemak ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung.

Sebenarnya banyak lagi khasiat buah tin/figs/ara kepada kita yang tidak dinyatakan di dalam ruangan ini,  walaubagaimanapun sedikit sebanyak dapat memberikan input kepada anda semua. 

Sekian,  selamat mencuba menanam pokok tin dan semoga berjaya.

Post a Comment

0 Comments