Brexit adalah
istilah yang biasa digunakan untuk United Kingdom (UK), Britain (England, Wales, Scotland & Ireland Utara)
keluar daripada Kesatuan Eropah. Berikutan undi
referendum (pungutan Suara) pada 23 Jun 2016 untuk meninggalkan kesatuan tersebut, kerajaan UK memulakan proses
pengeluaran pada 29 Mac 2017 yang dirancang bakal berkuatkuasa pada April 2019.
Diantara dorongan
UK untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU ) adalah disebabkan beberapa faktor.
1. Ekonomi
Dasar ekonomi yang
ditentukan di Brussels, Belgium iaitu pusat pentadbiran pertubuhan EU. Sebagai
anggota EU, UK hendaklah akur dengan keputusan dasar ekonomi yang dibuat oleh
EU dan ciri-ciri utama EU ialah pasaran bersama 28 negara anggota.
2. Kebanjiran
pendatang/imigran memasuki Britain
Kebebasan bergerak
bagi warga-warga anggota 28 negara menyebabkan tiada halangan untuk menyekat
imigran-imigran yang hendak memasuki UK. Kebanyakan imigran ini adalah dari
negara Eropah Timur yang dahulunya blok komunis dan soviet union
3. Menghakis identiti
bangsa dan budaya negara
Kewujudan imigran
ini ke UK menyebabkan identiti bangsa dan budaya orang UK terhakis dan lama ke
lamaan hilang ditelan zaman diantara faktor yang meresahkan UK.
Sebelum itu adalah lebih baik
kita kenal serba sedikit siapa Theresa Mary May.
Theresa Mary May atau dipanggil
juga Theresa May dilahirkan
pada 1 Oktober 1956 Perdana Menteri United Kingdom dari 13
Julai 2016 sehingga hari ini dan merupakan Ketua Parti Konservatif.
Beliau merupakan Ahli Parlimen (MP) untuk
Maidenhead sejak 1997. May menganut fahaman One-Nation Conservative dan
disifatkan sebagai konservatif liberal.
Pada bulan Januari 2017, Theresa May yang merupakan Perdana Menteri Britain telah mengumumkan pelan 12
perkara objektif rundingan dan mengesahkan bahawa kerajaan UK tidak akan mendapatkan keahlian berterusan dalam pasaran
tunggal EU.Syarat-syarat pengeluaran belum dirundingkan sementara pada masa
yang sama UK masih kekal sebagai ahli penuh Kesatuan Eropah.
Berikut adalah 12
perkara yang digariskan oleh Theresa May
1. Provide
certainty about the process of leaving the EU.
2. Control
of our own laws. Leaving the European Union will mean that our laws will
be made in Westminster, Edinburgh, Cardiff and Belfast.
3. Strengthen
the Union between the four nations of the United Kingdom.
4. Deliver
a practical solution that allows the maintenance of the Common Travel Area with
the Republic of Ireland.
5. Brexit
must mean control of the number of people who come to Britain from Europe.
6. Protect
rights for EU nationals in Britain and British nationals in the EU. We
want to guarantee rights of EU citizens living in Britain and the rights
of British nationals in other member states, as early as we can.
7. Protect
workers' rights. Not only will the government protect the rights of
workers set out in European legislation, we will build on them.
8. Free
trade with European markets through a bold and ambitious free trade agreement
with the European Union.
9. New
trade agreements with other countries. It is time for Britain to get out
into the world and rediscover its role as a great, global, trading nation.
10. The
best place for science and innovation. We will welcome agreement to
continue to collaborate with our European partners on major science, research
and technology initiatives.
11. Co-operation
in the fight against crime and terrorism. We will continue to work closely
with our European allies in foreign and defence policy even as we leave the EU
itself.
12. A
smooth, orderly Brexit. We believe a phased process of implementation will
be in the interests of Britain, the EU institutions and member states.
UK menyertai Komuniti Eropah (EC) yang merupakan pendahulu EU pada
tahun 1973 dan kemudiannya mengesahkan keahliannya dalam referendum 1975. Pada
1970-an dan 1980-an, pengeluaran daripada European Economic
Community (EEC) telah diperjuangkan terutamanya oleh Parti Buruh dan tokoh kesatuan sekerja. Dari tahun 1990-an
pula, pengeluaran Britain daripada EU lebih diperjuangkan terutamanya oleh Parti Kebebasan UK (UKIP) yang baru ditubuhkan
serta peningkatan jumlah kerusi yang dipegang Parti Konservatif dalam
Parlimen Britain.
Kesan-kesan Brexit kepada Britain
1. Ekonomi
Kesan Brexit
Britain menjadi kurang menarik bagi para pelabur dengan nilai hartanah menjadi
tidak menentu. Perdagangan antara Britain dan EU akan bermasalah. Sebelum ini,
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengingatkan bahawa Brexit akan merosakkan
ekonomi dunia. Britain sendiri akan mengalami kemelesetan.
2. Gelombang Politik
2. Gelombang Politik
Politik arah ke
kanan sebagai luahan rasa tidak senang penduduk tempatan di negara-negara Barat
terhadap para pendatang asing dan para pelarian dalam suasana ekonomi yang
tidak menentu dan tertekan.
3. Pasaran Saham
Pasaran saham jatuh
khususnya di London dengan tukaran nilai mata wang Britain menjunam paling
rendah sejak 30 tahun lalu.
Dari segi
jangka masa panjang, kesan Brexit masih lagi belum jelas. Apa yang
dilihat pada masa ini adalah kesan jangka masa pendek
yang sebenarnya tidak mencerminkan asas ekonomi
itu sendiri. Kebanyakan orang memberikan penumpuan terhadap
kesan ke atas pemboleh ubah kewangan,
seperti kesan terhadap pasaran saham dan
nilai mata wang, yang tidak semestinya memberi kesan
terhadap asas ekonomi jangka masa panjang.
Tujuan UK memasuki Kesatuan EU
1. Merealisasikan
impian bersejarah
Penyatuan Eropah
Barat dan Eropah Timur dalam EU merealisasikan impian bersejarah penyatuan
benua itu untuk mencapai kemakmuran dan peradaban setelah mengharungi zaman
peperangan sejak runtuhnya Empayar Rom, Empayar Napoleon Bonaparte, Perang
Dunia Pertama, Penaklukan Adolf Hitler, Perang Dunia Kedua diikuti dengan
Perang Dingin.
2. Konsep Demokrasi
Cita-cita Eropah
dengan nilai-nilai pencerahannya termasuk demokrasi terserlah dalam bentuk EU
yang bukan saja sebuah pertubuhan serantau biasa tetapi sebuah entiti politik
superstate atau mahanegara yang tidak ada tolok bandingannya dalam sejarah
dunia.
Secara
kesimpulanya Brexit memberikan kesan jangka masa pendek dan kesan jangka masa
panjang, situasi bersifat pro dan kontra pasti wujud disebabkan pristiwa
tersebut.
Persoalannya
adakah Brexit akan memberikan kesan positif atau negative kepada kerajaan
Malaysia dari segi Pelaburan Asing, Tukaran Matawang, Pasaran Saham, Dasar
Kerajaan Malaysia, Kepenggunaan dan Ekonomi Malaysia itu sendiri.
Sumber:
Wikipedia, Utusan, Bernama
1 Comments
nicee...
ReplyDelete