Bukan kerana prestasi Harimau Malaysia yang jatuh ke ranking 165 dunia
kini, tetapi gol lencong ajaib Faiz Subri.
Gol Faiz Subri juga disenaraikan sebagai salah satu Detik Sukan Terbaik 2016 Astro Arena dan anda boleh mengundi pilihan anda di Facebook Astro Arena selain di www.arena.my di mana pemenang akan diumumkan pada 31 Disember nanti.
Tahun 2016 memang cemerlang untuk sukan negara dan saya juga mempunyai pilihan peribadi untuk para atlet yang mencipta saat-saat bersejarah dan menyentuh hati rakyat Malaysia.
Selain Faiz Subri, 3 pilihan lain adalah separuh akhir badminton Olimpik Rio antara Lee Chong Wei dan Lin Dan, pingat emas pertama Malaysia di Paralimpik Rio oleh Ridzuan Puzi dan luahan hati ke hati Nicol David di Nadi@1 yang belum pernah dikongsi olehnya kepada rakyat Malaysia dalam karier 17 tahun di sirkit profesional.
Apapun, kembali kepada Faiz Subri di mana gol menariknya daripada sepakan percuma masih menjadi perbualan ramai sehingga kini.
Terus terang setahun dahulu nama pemain bola sepak dari Kedah ini tidak dikenali saya sehinggalah gol istimewanya di perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Februari 2016.
Pertama kali melihat tendangan lencong menewaskan barisan pertahanan dan penjaga gol pihak lawan, saya tercengang diikuti dengan hanya satu perkataan 'Wowww!!!'.
Walaupun bukan minah bola, saya memang minat David Beckham dan tendangan lencong 'Bend It Like Beckham' selebriti sukan dari England ini memang dikenali berbilion peminat bola sepak.
Namun saya perlu akur tendangan anak Malaysia Faiz Subri lebih baik.
Tendangan sepakan percumanya membawa bola melencong dari kiri ke kanan. Cukup cantik.
Mustahil angin bertanggung-jawab mencipta gol istimewa itu.
Disenaraikan di antara 3 gol tercantik di dunia tahun ini, rakyat Malaysia boleh mengundi di www.fifa.com sehingga 9 Januari 2017 untuk peluang satu-satunya pemain Malaysia dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Gol Tercantik Puskas FIFA 2016 yang akan diputuskan pada 9 Januari tahun depan di Zurich.
Tahun 2016 amat memberangsangkan untuk sukan Malaysia setelah para atlet lain turut mencipta keputusan cemerlang dan meninggalkan detik-detik yang membuat peminat sukan negara berbangga dan menghargai wira dan wirawati sukan negara.

Titisan air peluh dan semangat Lee Chong Wei untuk menundukkan musuh tadisi dari China, Lin Dan di separuh akhir perseorangan lelaki Olimpik Rio merupakan perlawanan epik yang tidak akan dilupakan ramai berlandaskan semangat perjuangan, ketabahan, kekuatan mental mahupun fizikal yang turut membuktikan jangan sesekali berputus asa untuk mencapai kejayaan.
Pelari pecut 100 meter Ridzuan Puzi menghadiahkan negara pingat emas pertama Paralimpik dan reaksinya bersama jurulatih R. Jeganathan selepas itu mencerminkan Malaysia cukup istimewa kerana kejayaan Ridzuan bukan sahaja dinilai dengan pingat semata-mata, tetapi menunjukkan masyarakat berbilang kaum Malaysia terus bekerjasama dan prihatin antara satu sama lain untuk mencapai kejayaaan bersama.
Ratu skuasy negara, Nicol David pula tidak disangkal antara atlet terbaik yang pernah dilahirkan oleh Malaysia. Tahun 2016 cukup mencabar tanpa sebarang kejuaraan. Namun Nicol menjadi pilihan saya antara detik terbaik tahun ini kerana berani dan jujur dalam meluahkan kegusaran, cerita pahit manis dan harapannya untuk terus mengibar jalur gemilang di temubual eksklusif bersama saya untuk Nadi@1 yang tidak pernah diluahkannya kepada mana-mana stesyen media sebelum ini.
Apa pun Faiz Subri masih pilihan pertama saya. Saya berharap Faiz Subri yang menaikkan nama Malaysia dipermulaan tahun 2016 akan sekali lagi menjadi pencetus tahun gemilang sukan Malaysia 2017 jika menang Anugerah Gol Tercantik Puskas FIFA pada 9 Januari 2017.
0 Comments